Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

'Resipi' Ilusi CD/DVD-ROM untuk imej ISO

Kali nie nak update blog pasal lain bukan bola dah.. hu3 (worldcup dah habis)
Mungkin ramai yang dah tahu pasal 'Resipi' nie tapi tak ngape la, aku nak juga tunjuk ala-ala Chef gitu! :P kah3 'Resipi' untuk membuat imej ISO dengan menggunakan ilusi CD/DVD-ROM (untuk yang tiada CD/DVD Writer) seperti berikut..

Bahan-bahan :
1 software Virtual CloneDrive (Dicadangkan sebab freeware) jika tiada boleh digantikan juga dengan Daemon Tools

1 software ImgBurn
Cara-cara :
1. Install ImgBurn :



2. Install Virtual CloneDrive :





3. Klik ImgBurn untuk buat imej ISO :





4. Sesudah siap imej ISO tu, klik kanan > Mount :

Aku pakai benda nie untuk main game senang! dari buat copy cd banyak-banyak.. ho3

Rujukan : SembangKomputer

NotaJari : Mood "mengarut" kah3

Saturday, June 5, 2010

Menarik! Galaksi di Angkasa Lepas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Terasa tersangat lah lama aku tak update blog aku ni.. nak buat macam mana dah tak ada benda nak update jadi dibiorkan lelabah mengUPDATEkan blog buruk aku ni.. huhuhu Saja jalan-jalan kat google, ada gambar cantik di ruang angkasa kita.. Kali ni aku update dengan gambar keindahan dan kecantikan galaksi di ruang angkasa lepas.. Mana yang dah tengok sila tengok lagi.. Mana yang belum sila TERKEJUT! :O hahaha










Monday, April 19, 2010

Berhati-hati Dengan Kerja Sambilan Di Internet

as'salamualaikum & salam sejahtera..

kali ni aku nak update sesuatu yang menarik yang boleh dijadikan pedoman kepada semua pengguna internet lagi-lagi yang baru mula nak berjinak untuk mencari pendapatan dari saluran internet ni..

dengan keyword "kerja sambilan di rumah" di pak google sahaja sudah menjangkau 235,000 result.. rata-rata semuanya boleh di percayai ke? itu yang menjadi tanda tanya.. ada sesiapa pernah mencuba salah satu dari hasil pencarian tu? cakap-cakap! ha3 aku pernah.. ye! aku pernah mencubanya! hasilnya? makian dari aku untuk "kerja sambilan di rumah" kononnya!

bukan sekali aku mencuba tetapi 2 kali.. untuk pertama kalinya aku perolehi iklan tersebut dari satu forum terkenal.. sebab apa aku masih mencuba sedangkan pernah terkena? ha3 sila gelak dgn rakus ya! apa yang aku pikirkan masa tu "tak akan forum terkenal mcm tu, gah semua kenal tak akan dia main amik iklan mentipu pulak kan?".. ho3

aku try la bukak web tu tengok macam woooaaaa time tu apa pun tak tau sangat kan pasal benda-benda mentipu ni, dengan mudahnya aku yang baru dalam internet ni kena la mentipu dengan "kerja sambilan di rumah" kononnya boleh dapat pulangan hebat! aku pun transfer la dengan menggunakan m2u berjumlah RM30 (mkn mekdi kenyang weyh T_T).. lepas je aku transfer tu, aku terus la email pihak berkenaan untuk memproses yang dikatakan mengambil masa kurang dari 24jam untuk pengesahan (konon).. ha3 setelah aku menunggu tidak juga email aku di balas dan menimbulkan kata-kata perli untuk diri sendiri "padan muka kau kene tipu dah".. LOL ni lah mende alah "kerja sambilan di rumah" mentipu tu -->> Kerja sambilan dirumah RM2000-RM3000 sebulan/RM20-RM100 sejam

tu adalah benda mentipu yang pertama aku kene kat internet ni.. yang kedua pulak aku dah lupa web dia tapi nama yang digunakan Global Advertising Corporation.. aku ingatkan betul-betul key in data punya keje sekali nak tau apa dia suruh buat? korang download la kalau rajin dan betul-betul nak tau, tak besar pun saiz fail dia tak sampai 2mb pun.. -->>Key in data penipu ho3 yang ni nasib baiklah rm10 je.. tapi buat makan kenyang gak dowh! T_T

korang pepandai lah yer menilainya aku dah share pengalaman aku tentang benda-benda mentipu lagi PENIPU ni.. harap jangan ada lagi yang terpedaya, aku dah rugi rm40 (mkn mekdi kaw-kaw kenyang T_T) duit tuh ingat senang ke nak dapat kalau tak usaha? penat-penat aku kerja, orang yang mentipu ni senang-senang je dapat wah! melampau! goyang kaki duit masuk macam tu je.. ada yang pernah kene tipu? jujum share!

Nota Jari : aku dah tak percaya langsung apa-apa pogram berkaitan kerja sambilan kat internet nie..

Thursday, April 1, 2010

Shotcut Aplikasi Pilihan

:bofu_21::bofu_21:
assalamualaikum..
untuk bulan baru hari pertama aku update tapi bukan dengan entry baru..
nie entry aku yang lama tahun 2008 kot! waktu tu aku dengan blog lama..
disebabkan ayat mcm sengal je aku baca mula-mula berblog dulu jadi aku tukar ayat sikit lebih kepada ala-ala skema.. hak3 nak kongsi 1 software yang memudahkan korang buat shotcut untuk pc korang la tak kan untuk jalan plak.. Link download ada kat bawah tu.. Contoh atau cara nak guna software pun dah ada..



HOTKEYZ



sesudah install, pilih new


click untuk pilih segala bagai file untuk diSHOTCUTkan


Contohnya aku pilih internet > mozila firefox
untuk SHOTCUT web google..


Sila la tukar mana-mana yang berkenaan..
pindah ke ta parameter..


Letak link google untuk SHOTCUT > buat pilihan untuk HOTKEYZ..
last skali tab windows setup..


tick kat normal lepas tu ok..

nota jari : ahhhhh!! jadilah dari tak berupdate langsung.. T__T

Tuesday, March 23, 2010

Buat YM (Yahoo Messenger) Lebih Dari 1

Assalamualaikum sume dan salam sejahtera..*skema* ha3
giler lama aku tak update blog dah mcm apa je blog nie.. serupa tak bertuan apa la nak jadi dengan kau yash.. hu3 malas nak cerita banyak, aku nak update pasal buat ym lebih dari 1.. selalunya kita leh ym 1 id je kan? yang nie aku nak tunjuk mcm mana nak buat ym lebih supaya korang dapat guna berpuluh-puluh id.. he3 aku simpan cara nie dah lama..aku jumpa dekat blog n3slo yang last update tahun lepas, bulan4.. nampak sangat tak hidup dah blog tuh.. sedihnyaa.. mana kau pegi n3slo wahai kawan blog ku dulu2.. huk3 panjang pulak intro aku..Ada jugak yang gunakan software tapi aku nak tunjuk cara lain ikut je lah step-step kat bawah nie.. ^__^












  1. run
  2. regedit
  3. HKEY_CURRENT_USER
  4. software
  5. yahoo
  6. pager
  7. test [klik kanan new DWORD Value]
  8. taip plural [rename] -> klik kanan modify
  9. tukar 0 ke 1
sebarang masalah dihadapi sebelom, semasa atau selepas melakukan cara nie adalah tanggungjawab diri sendiri.. T__T beware! hu3

nota jari : terdetik jugak akhirnya aku nak update kalo tak terlintas nak delete blog je.. T__T