Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Ceritera Ku Cameron Highland

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Ni adalah update seterusnya selepas trip ke Cameron Highland (CH) kami-kami berjaya pada Sabtu lepas!! Alhamdulillah.. DIA melancarkan segalanya.. ^_^


Bermulanya kisah untuk trip ini bermula dengan @mohd_fakhri (pakeri) yang bergerak dari Seremban ---> Kuala Lumpur (tempat berkumpul). Selepas tu @abeannahl (annahl) & @paanjr (paan) dari Shah Alam ---> Kuala Lumpur (tempat berkumpul). Lepas je mereka-mereka ni sampai, terus lepak Mamak CM kat Sri Rampai ni untuk isi perut yang kelaparan. Dah makan, perut kekenyangan paan macam biasa mengantuk dan bermulalah sesi membuncitkan perut oleh paan. pakeri & annahl elek lagi boleh stay tahan mata sebab kena pergi amik kereta sewa kat Taman Permata. Pukul1.00am aku, annahl & pakeri gerak ke rumah @katakbiru (abang wan) nak amik dia untuk sesi menguruskan kereta sewa. Dalam 1.30am kereta yang disewa dah berjaya dicuri oleh abang wan dan bawa balik rumah dia dulu nanti akan amik kita orang kat Sri Rampai dan Gombak. Pada jam 3.30am abang wan amik aku, annahl, paan ngan pakeri kat Sri Rampai lepas tu terus drift ke Gombak amik @afnie_lan (kak afnie) pulak. Dengan ini bermulalah perjalanan kami-kami ke CH. YEYYY!! \^_^/ *jogetjoget*


Kereta sewa pilihan ada Toyota Unser bukan angsa tapi kalau cakap dengan orang kampung "pergi naik unser ni.. eh, kau naik angsa ramai-ramai pancit angsa tu! kuat pulak dia nak bawak korang" huhuhu.. Tu dialog pakeri time tunggu abang wan amik. hahaha... Ikutkan plan pukul 3.00am gerak dah tapi abang wan boleh terlena, aku pulak punya la kol dia banyak kali tak berangkat pon lepas tu aku dengan lain-lain buat la spekulasi sendiri. Sebab kol si kak afnie pon tak angkat! bajet depa dua orang nie berendek la dulu kejap baru amik kita orang kat Sri Rampai ni. hahahahaha Rupa-rupanya abang wan terlajak tidur hp pulak tak keluar bunyi (woi campak je dalam lombong hp tu!) kahkahkah.. Lepas je dia sampai terus bergegas tak ingat punya drift si abang wan ni nak cepat.. T_T risau dah aku.. wuwuwuu

Dalam kereta aku dengan lain-lain memang dah pakat depan sebelah driver kak afnie punya seat jangan sesiapa kacau. hahaha aku dengan pakeri duduk line belakang sekali, annahl & paan duduk line tengah. Memang sedap je duduk line tengah kalau tak, tak kan la si annahl tu boleh berdengkor waktu tidur! aku melalak kat belakang pun dia elek je lena. aku melalak si paan boleh terjaga sekali dengan pakeri pon terjaga tau! KAHKAHKAH.. duduk belakang tu memang langsung tak dapat nak lena dia punya ENJUTAN melantun-lantun! sampai perut aku ni bergelodak! mintak muntahkan segala apa isi yang ada mujur aku tak melantak time dorang melantak kalau tak..... PADAN MUKA korang bau PERFUME wangi gila dalam kereta. HAHAHA..


hensemnyewwww.....~~

Sepanjang perjalanan memang aku tak lelap langsung kalau lelap pun ala-ala tidur ayam. Memang tak boleh nak tidur sebab jalan dia dah belok-belok, bengkang-bengkok, berular-ular apa lagi? T_T terseksa ohh perut aku menahan gelodak nak muntah. Sabar jelah.... Disebabkan derita menahan gelodak perut ni mulut aku memang tak senyap melalak nyanyi sorang-sorang salahkan sinar.fm play lagu sedap-sedap time tu yee korang lagi-lagi lagu si Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan tu pehh!.. huhuhu.. dah lepas je sampai CH ada polis buat roadblock maka annahl lah paling cuak padahal dia duduk belakang kalot tarik-tarik tali pinggang, (bayangkan annahl tengah kalot) pilot & co-pilot dah sememang tak pakai slumber badak jelah mentang-mentang berdarah polis berlagak yee.. huhuhu dah polis buat roadblock tu, sopan la berhenti dorang cek-cek tengok-tengok suluh-suluh dan kak afnie pun berkata "kami nak balik kampung jumpa mak abah nie encik".. Dengan baik hati polis tu pun "ok, jalanlah jangan lupa kirim salam mak abah yee.." hahahaha..



Tu baru stage pertama sebelum naik ke atas untuk aktiviti pertama iaitu tengok matahari terbit. Tepat jam 6.30am kami sampai di Masjid Kayangan Brinchang untuk bersolat subuh sebentar dan basuh-basuh muka sah-sah tak mandi sebab SEJUK GILA! =..= bbbrrrrrrr....~~ Lepas je selesai semua kesegaran mula terlihat di wajah masing-masing untuk memulakan aktiviti.. Apa aktiviti tu boleh melawat blog pakeri untuk selanjutnya.. ^_^

Permulaan Cerita:
afnie > CAMERON HIGHLANDS : BILA CIK BEDAH DAN PAK ABU BERSIDAI
yash > Trip ke Cameron Highland - Sebelum
yash > Ceritera Ku Cameron Highland
pakeri > Cinta Ku Tertinggal di Cameron Highland
paan > Antara #TweetUp, Kobis dan Cameron Highlands

Friday, April 15, 2011

Trip ke Cameron Highland - Sebelum

As'salamualaikum dan salam sejahtera..



InsyaAllah apa yang kami rancang akan berjalan dengan lancar, aku memohon kepadaNYA.. Seawal jam 3.00pagi sabtu nanti kami-kami ini akan bergerak ke Cameron Highland untuk aktiviti bulan April.. Harap segalanya mengikut perancangan yang dah dibincangkan dalam meeting kami.. huhuhu.. KAU berkati lah perjalanan kami YA ALLAH... aminn...



Nota: Doakan kami ya!! ^_^

Thursday, February 24, 2011

Berkelah di Sungai Gabai - Video

As'salamualaikum & Selamat Sejahtera semua..

Kat sini ada beberapa video untuk tayang kat engkorang semua.. video berkelah hari tu silalah layan yeee!! di EDIT oleh @paanjr.. wuwuwu sedih sedih.. T_T





Monday, February 21, 2011

Berkelah di Sungai Gabai - Selepas

As'salamualaikum & Salam Sejahtera..



Waktu yang dijanjikan telah tiba (19 Feb 2011) hari untuk berkelah di SUNGAI GABAI dengan kengkawan blogger + twitter!! huhuhu.. antara yang menghadirkan diri adalah @afnie_lan @paanjr @nama_sy_pakeri @annahlashri @ohdawie @anarmnet @surayasagi @sukasup @zuwaulfa dan aku sendiri!! @yashygsempoi (^_^)")

Aku, afnie, paan dan pakeri bergerak dari rumah aku kat sri rampai, setapak seawal jam 8am.. tunggu pakeri sampai dari seremban kesian dia kena gerak pepagi lepas subuh untuk ke rumah aku supaya nanti tak susah nak ke Gabai.. huhuhu Wan(sukasup) dengan wawa(zuwaulfa) bergerak dengan 1 kereta dari bangi, annahl, anarm dan sue bergerak 1 kereta dari bangi juga tapi dorang SESAT! aku, afnie, paan dan pakeri dah sampai kat Gabai dulu dalam pukul 9am.. huhuhu

Bila aku sampai je sana pehh!! bau bau air sungai dah menusuk hidung dowh!! kulitkulit ni dah terasa sejuk air sungai! hahahaha teruja!! ingatkan nak naik ke atas tempat air terjun dia biasabiasa je sekali nah kau.. T_T tinggi dowh! dah mcm tangga batu caves! HAHAHA aku benti 2 3 kali kot! dengan bawak barangbarang banyak gila! kak afnie pon pancit, paan pun pakeri lagi lah tapi paan dengan pakeri gila gagah sebab sanggup turun balik nak beli air.. (tukang bawak air sesat LOL)

Dalam pukul 10am lebih wan dengan wawa sampai pelik sebab annahl, anarm, sue tak ada sekali padahal dorang ni gerak satu jalan entah macam mana boleh berpecah.. kuikui annahl bawak anarm, sue sampai nak ke jelebu! HAHAHA terpaksa dorang patah balik alhamdulillah sampai jugak dalam pukul 11am lebih macam tu.. tapi masingmasing dah pancit terpaksa parking jauh dengan bawak air lagi.. patut pon dah macam orang perlu CPR ko annahl!! kehkehkeh.. :P

malas nak cerita banyak macam tak best! tengok gambar je la ek! huhuhuhu...


Pakeri, aku, afnie




Afnie, nak panjat tangga pun sempat twit.. Memang pentwitter TEGAR!! :P


berhenti berehat sebentar penat weyh!!



akhirnya sampai ke tempat best.. pakeri kepenatan terbongkang! hahaha


bukti kami terawal dan berusaha menghidupkan api supaya dapat buat BBQ! hohoho (dawie pun awal tp dia amik gambar :P)



dan akhirnya wan dan wawa pun sampai dorang amik turn bakar kita orang lompat dalam sungai!! :P (ehemehem!!)







Last sekali bergambar beramai-ramai di depan pintu masuk Gabai.. Terima Kasih korang yang join!! ^__^

Senarai VVVVVIP yang Join Berkelah :

AfnieLan : http://afnielan.blogspot.com/

Paan : http://www.paanjr.com/

Pakeri : http://pakeri.com/blog/

Dawie : http://fixnetworks.com.my/

Annahl : http://mrlebah.blogspot.com/

Anarm : http://anarm.net/blog/

Sue : http://sagitaurus.com/blog/

Wan : http://suplover.com

Wawa : http://www.facebook.com/PublicJamban

Nota : Tobat taknak naik Gabai dah kalau nak pergi Gabai pun nak main kat bawah je.. :P

Wednesday, February 16, 2011

Berkelah di Sungai Gabai - Sebelum

Photobucket



Nota: Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.. InsyaAllah.. Amin..

Friday, September 11, 2009

1st time jumpa kawan blogger



1st time jumpa kawan yang berasal dari internet dan dunia blogging..
Serius aku seronok dengan perjumpaan ni..
Walaupun "ramai" yang ada tapi meriah tu tetap ada..
Reaksi aku mula-mula nampak si ryehanna ni cumel gak dia..
Taklah nampak tua sgt cuma besar tu ada kot! hhaahahhaha..
Jangan marah aku.. =p Baru sesuai dengan gelaran Panda kan??
Yang si MK ni aku tak penah tegur langsung..
Baru je follow twitter dia.. Dia sangat la kecik molek! hehehhehe..
Sekali duduk sebelah dia rasa macam duduk dengan anak buah!
ekekekekkee.. Jangan marah MK..
Meh tengok gambar-gambar kita orang bertiga.. =)













Sebelum ni aku selalu jumpa bebudak Let's Chat dari Maxis je..
Kali ni jumpa bebudak dari internet dan berblogging..
Rasa macam aku ramai kawan yang berasal dari "tak nampak lepas tu nampak"
hehhehehhe.. Paham-paham sudah.. ^__^
Tak pelik la aku ada kawan baik dari kalangan orang-orang begini.. =)