
Ini lagi mimpi ke berapa entah aku boleh merajinkan diri menaip entry kat blog yang tak berapa nak lawa ni.. Taip entry berkaitan SEMBELIT pula tu! hahaha Apa? ingat aku sengaja ke nak berkongsi cerita pasal SEMBELIT ni? Ada motif la! MOTIF! Nak tau apa MOTIF dia? Senang je.. Nak korang semua rasa SEMBELIT macam aku rasa!! wakakakah
Hari tuh tah macam mana aku tak buang air besar (berak) sehari, sekali hamikk kau berhari aku tak dapat nak membuangkan air besar aku ini.. Serius seksa! Bila aku menTWITkan di twitter berkenaan SEMBELIT aku, mulalah ada yang memberi cadangan supaya makan pisang lah betik lah minum air banyak-banyak lah.. huhuhu
Okay sekarang ni meh kita kaji serba sedikit berkenaan SEMBELIT di sini..
Apakah maksud SEMBELIT ni?
- Maksud SEMBELIT di sini INGAT! di sini maknanya di blog aku.. hahaha Kesusahan untuk memBERAKkan tahi yang terkumpul di dalam usus perut ni.. :P
- Dari cerita aku pun korang dah tau macam mana dia jadi.. Sebab tak berak sehari hamik SEMBELITlah kau! hahahaha..
- Cara aku mudah.. Kau bangun pagi amik air suam minum kumur-kumur telan! Lepas tu pergilah sarapan.. Kejap-kejap lagi kau berak lah.. kahkahkah
Cukuplah main-main.. Aku nak serius sikit! HAHAHA ini dari kajian GOOGLE berkenaan SEMBELIT..
Apakah maksud SEMBELIT ni?
- SEMBELIT ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar dan kesukaran untuk membuang najis. SEMBELIT ini merupakan gejala dan bukannya penyakit. Setiap orang pasti akan mengalami masalah SEMBELIT ini akibat dari pengambilan makanan yang tidak baik.
Kebiasaan gejala-gejala SEMBELIT seperti berikut tetapi setiap orang akan mengalami gejala yang berlainan.
- Tidak membuang air besar beberapa hari atau membuang najis keras dan kering.
- Perut kembung, kejang atau sakit.
- Kurang selera makan. (aku macam tak je)
- Gigi mengetap, kaki bersilang, punggung dikepit bersama, muka jadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk mengelakkan keselesaan.
- Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutama dikalangan warga tua).
- Pengubatan.
- Susu.
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritiable bowel syndrome).
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan pembuangan air besar.
- Kekurangan air.
- Masalah dengan rektum dan kolon.
- Masalah dengan fungsi usus (SEMBELIT kronik secara tiba-tiba).
- Memastikan kira memakan serat dan meminum air yang mencukupi. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikan najis lembut.
- Makan banyak bijirin penuh, kekacang, buahan sega dan sayuran.
- Lakukan senaman berkala. (yang ni aku berat sikit)
- JANGAN menahan untuk membuang air besar.
MAJULAH SEMBELIT UNTUK NEGARA! LOL