Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

Design Kad Raya Dapat Duit Raya



Masa aku aktif berblog tahun lepas, tiba je raya masing-masing
design kad raya untuk tukar dgn blogger-blogger lain..
Tahun ni apa kata aku nak buat contest "Design Kad Raya Dapat Duit Raya"..
Dah alang-alang korang design kad raya untuk bertukar-tukar dgn bloggers..
Apa kata join contest yang aku buat.. Mana tau leh menang ke..
Duit raya yang aku nak bagi tak la banyak..
Sekurang-kurangnya rasa jugak penat lelah korang
design kad raya berbaloi bila menang kan??

PEMENANG-PEMENANG
Keputusan Muktamad.. ^__^

Tempat Pertama : http://www.firdee.net (done)

Photobucket

Tempat Kedua : http://nurf1907.blogspot.com (done)

Photobucket

Tempat Ketiga : http://nurrstyle.blogspot.com

Photobucket

CONTEST DI TUTUP!!
Pemenang Akan Di umumkan Dalam Waktu Terdekat ni..
Terima Kasih Pada Para Peserta yang Menjoinkan Diri untuk Contest ni..

Hadiah :
- 1st : Wang Tunai RM20 melalui M2U @ Cimbclicks
- 2nd : Wang Tunai RM15 malalui M2u @ Cimbclicks
- 3rd : Wang Tunai RM10 malalui M2u @ Cimbclicks

Syarat-syarat Penyertaan :
- terbuka kepada semua umat islam yang bakal menyambut aidilfitri..
- boleh buat entri pasal kad raya tersebut dan bagi tau aku di twitter @yashygsempoi..
- boleh juga email terus design kad raya ke aku dgn meletak subject "Design Kad Raya Dapat Duit Raya" hakuygsempoi[at]gmail.com..
- tarikh tutup penyertaan 16/9/09 tepat jam 12am..

Penambahan syarat-syarat penyertaan :
- seorang untuk 1 design
- saiz tidak kesah.. ikut suka korang la..


Agak-agak la kan.. Ada ke yang nak join? huhuhuhuh.. =)

Tuesday, September 8, 2009

Kerana Mu Zelo55..



nampak tak apa kat atas tu?? nampak kan kan?? karangan di bawah ini hanya rekaan semata-mata.. Jom teruskan pembacaan.. =)

Hai Zelo55.. Salam pekenalan dari saya Nur Kasih.. Lebih manis sekiranya awak panggil saya Adik Nur =)..
Sebenarnya saya sudah lama terpikat dengan awak Zelo55..
Saya tidak tahu kenapa saya meminati awak.. Saya sendiri keliru dengan keadaan ini..
Adakah ianya lahir dari hati ataupun nafsu semata-mata..
Maaf jikalau Zelo55 terkejut dengan utusan dari saya yang agak melampau..
Tapi inilah yang saya rasa terhadap diri awak Zelo55..
Boleh saya panggil awak dengan panggilan Abang Zelo tak? Kelihatan lebih manis bukan? =) *sambil tersenyum sendirian*
Mungkin Abang Zelo tertanya-tanya bagaimana saya boleh terpikat dengan Abang Zelo kan? Baiklah, saya akan bagi tahu Abang Zelo macam mana boleh saya terpikat dengan Abang.. =) *senyum lagi*
Buat pertama kalinya bertarikh 14 Mac 2009 jam 2.00am saya tersesat di laman blog
Abang Zelo, yang saya lihat begitu hebat!
Saya cuba mengenali tuan empunya blog tersebut dengan hati berbunga-bunga riang..
Seperti telah menemui Putera Idaman! =) *muka merah padam*
Saya baca mengenai Abang Zelo, kemudian saya tersentak membaca biodata Abang Zelo kerana nama Abang Zelo seakan-akan kekasih lama saya..
Saya baca dan terus membaca segala coretan Abang Zelo tanpa rasa penat..
Malah saya berasa sangat gembira! Dari blog Abang Zelo lah saya mula jatuh kasih..
Agak pelik bukan? Tapi inilah kenyataannya..
Saya rasa sudah mengenali lama dengan Abang Zelo..
Abang baik, peramah, pemurah, bijak, bercita-cita tinggi, tidak mudah putus asa dan yang paling saya suka mengenai Abang Zelo ialah perwatakan slumber Abang.. =) *tergelak kecil*
Saya tahu saya tidak pernah jumpa Abang Zelo ataupun berdepan dengan Abang tapi entahlah.. Aneh bukan? Dari blog Abanglah saya mula meminati dunia blogging..
Saya tidak mempunyai kawan yang ramai tetapi kerana Abang Zelo saya sudah memperolehi kawan yang ramai walaupun tidak secara realiti saya tetap bersyukur..
Abang Zelo banyak membantu saya.. Terima kasih..
Abang Zelo sangat baik di mata saya.. =) *bergenang air mata*
Andai di beri pilihan untuk memilih jodoh sudah tentu Abang Zelo pilihan yang tepat untuk saya.. *air mata menitis*
Dari blog, saya mula mengikuti Twitter Abang Zelo untuk memahami Abang Zelo dengan lebih mendalam..
Kadangkala saya tercuit dengan twitt yang Abang tulis.. Walaupun meminati Abang Zelo secara diam, saya tetap ingin ketahui apa saje mengenai Abang..
Biarlah Abang tidak mengetahuinya.. Tetapi tidak sekarang..
Saya harus meluahkan segala isi hati saya pada Abang Zelo..
Tidak kesah lah apa yang akan Abang Zelo fikirkan mengenai saya..
Saya akan pergi jauh dari sini.. Tidak akan jumpa Abang Zelo lagi.. Tidak akan dapat melihat coretan-coretan hebat Abang mahupun twitt Abang..
Ingatilah saya bukan sebagai musuh tetapi seseorang yang mengasihi Abang dari jauh.. =) *tersedu-sedu menahan tangis*
Semoga Abang terus mencurahkan ilmu-ilmu Abang.. Abang pemurah itu saya pasti.. =)
Oh indahnya menjadi seorang yang bijak seperti Abang.. Saya doakan Abang Zelo akan sentiasa sihat dan keluarga Abang juga..

Salam Sayang, Nur Kasih.. =)

p/s : meremang bulu roma aku taip karangan nie! wakkakakka!

Wednesday, September 2, 2009

SIAPA NAK RM50?? ANGKAT TANGAN!!

WAHH!! KENE TIPU!!
hehehehe jangan marah ekk! gurau je.. test highslide kahkahkah! =p


tak ade apa-apa aku nak bagi.. ini je yang aku mampu..
tekan image untuk ketahui lebih lanjut..