Showing posts with label Vivaz Pro. Show all posts
Showing posts with label Vivaz Pro. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Sony Ericsson Vivaz Pro U8i - Camera

Dimulakan dengan Bismillah.. Disudahi dengan Alhamdulillah.. Begitulah sehari dalam hidup kita mudah-mudahan dirahmati ALLAH...~ ^_^ As'salamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Seperti yang dijanjikan entry pada kali ni berkaitan BATIN Vivaz Pro, ZAHIRnya boleh tengok pada entry lepas.. hahaha Entry sebelum ni aku hanya tunjuk kecantikan luaran Vivaz Pro atas dia, bawah dia, kiri dia, kanan dia.. huhuhu tapi aku tak tunjuk pun spesifikasi handphone Vivaz Pro ni kat korang kan? ok korang boleh usha gambar kat bawah ni..

tak jelas boleh klik untuk kejelasan berganda! *besar punya!!*

Sekarang spec dia pun dah tau.. Jadi jom kita terjah BATIN vivaz Pro ni! Untuk kali ni aku fokus kepada kamera dia.. Sebab apa aku fokus pada kamera dia? Bagus sangat ke? haaaa.. Kamera dia sangat la best walaupun hanya 5.1mp sahaja! Bila tukar kepada function rakaman video, resolution dia menjadi HD.. Maknanya kat sini video tu akan menjadi sangat-sangat cantik rakamannya.. Cerita banyak pun macam tak guna kalau tak tunjuk bukti.. Kat bawah ni aku ada amik beberapa keping gambar dari Lensa Vivaz Pro kekasih hati aku.. gegegege TANPA EDIT YE!













Dan ada beberapa demo gambar PANORAMA..



Thursday, December 9, 2010

Sony Ericsson Vivaz Pro U8i - Unboxing

Dengan sopan santun lagi lemah lembut aku memulakan penulisan.. As'salamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan.. kahkah :P

Gila lama aku tak update blog.. Last update pun bulan8.. pehh! Macam tak percaya! (konon padahal biasa dah) hahaha.. Untuk update kali ni aku saja nak share kegembiraan aku memiliki handphone baru iaitu Sony Ericsson Vivaz Pro U8i.. Memang dah lama aku target handphone ni untuk dimiliki alhamdulillah berkat rezeki mengumpul dapat la aku tambah satu lagi koleksi handphone hasil titik peluh aku sendiri.. TUNAI YE! huhuhu..

Aku bukan penggila gadget tapi disebabkan terdesak kerana handphone lama dah mula menunjukkan keTUAannya jadi aku pun mencari pengganti yang lain.. hohoho Alang-alang beli biar yang puas hati terus tak gitu? Mahal sikit tak apa untuk kegunaan jangka masa panjang.. Aku masih setia dengan Sony Ericsson tak terasa untuk ke arah model lain macam Cokia eh Nokia ke, LG ke, Samsung ke.. huhuhu Okay aku pun malas gila nak taip panjang-panjang.. Bukan ada sapa rindu pun penulisan aku kat blog nie.. Silap-silap tak ada orang nak masuk pun.. kahkah

Di bawah ni aku ada buat 1 video konon-konon nak buat ala-ala review untuk handphone ni.. Sebab apa aku nak buat review pasal handphone ni? Sebab bila aku beli, orang kedai tu cakap tak ada orang pakai sangat handphone ni sebab sensitif sangat dan susah nak jaga lagi-lagi bahagian kamera dia.. Itu sebab aku nak sangat buat bagi orang lain tau keistimewaan handphone ni macam mana.. Buat masa ni aku pakai memang sangat-sangat puas hati terutama kamera dia.. HD!! cantik sangat.. Jadi, sila la play video kat bawah ni kalo nak.. Dalam pada aku buat review ni dapat aku promot kecanggihan Nikon D3100 kawan aku punya.. Video ni dari hasil rakaman Nikon D3100 tersebut..



Lepas ni akan aku update lagi berkenaan gambar-gambar dari hasil Lensa Vivaz Pro.. Wa Chow dulu!! [^_^]"]

Nota : Ada sikit-sikit kehodohan tu buat-buat tak nampak je la ek! hahaha