lama gila aku tak update blog hu3 idea tak muncul-muncul tu sebab aku tak update dan sekarang sila terkejut yer semua aku nak update nie! hak3 macam biasa aku bila update tak suka panjang berjela muka
aku nak kongsi cerita pasal keagamaan sikit dari buku yang aku baca.. sedar atau tidak kita WAJIB bersyukur dengan wujudnya makhluk bernama MANUSIA di atas muka bumi nie.. bila aku baca betapa indah, unik dan anehnya ciptaan manusia nie aku jadik sesak berair mata beb! (dalam hati ada taman) di mana mulanya wujud kejadian manusia di bumi?? Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang ALLAH S.W.T cipta, BAPA segala MANUSIA..
pelbagai persoalan ditimbulkan oleh para malaikat dengan kejadian manusia nie semuanya telah di sebut dalam Al-Quran Firman ALLAH : "Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dengan sebaik-baik kejadian." (Surah Al-Tin:4)
untuk diri aku, aku hanya tahu manusia dijadikan dari tanah tapi tak pernah tau dari jenis tanah yang macam mana.. korang tau tak? meh sini aku nak bagi tau dari buku yang aku baca betapa uniknya manusia nie..
Korang dapat bayangkan bumi sendiri bersumpah atas nama ALLAH untuk tidak menyerahkan tanahnya untuk di ambil oleh Malaikat Jibril setelah diperintahkan ALLAH sebagai bahan untuk menjadikan Nabi Adam.. semuanya disebabkan kerisauan bumi sepertimana kerisauan para malaikat.. seterusnya ALLAH mengutuskan Malaikat Mikail dan Malaikat Israfil tetapi kejadian sama terjadi seperti Malaikat Jibril.. akhirnya ALLAH perintahkan Malaikat Izrail untuk turun ke bumi jangan sesekali berundur dan memberi amaran kepada bumi supaya tidak membantah suruhan ALLAH yang memungkinkan bumi menderhaka kepada ALLAH.. Subhan'Allah, betapa ALLAH menginginkan kewujudan manusia sebagai pengganti dan khalifah di bumi.. T_T
dari Ibnu Abbas, terjadinya manusia atas 2 gabungan tanah iaitu dari bumi dan syurga antaranya jenis-jenis tanahnya :-
- Tanah Baitulmuqaddis - Kepala
- Tanah Bukit Tursina (Mesir) - Telinga
- Tanah Iraq - Dahi
- Tanah Aden (Yaman) - Muka
- Tanah Telaga Al-Kauthar - Mata
- Tanah Al-Kauthar - Gigi
- Tanah Ka'abah (Makkah) - Tangan Kanan
- Tanah Paris (Perancis) - Tangan Kiri
- Tanah Khurasan (Iran) - Perut
- Tanah Babylon (Iraq) - Alat Kelamin
- Tanah Tursina (Mesir) - Tulang
- Tanah India - Kaki
- Tanah Firdaus (Syurga) - Hati
- Tanah Taif (Arab Saudi) - Lidah
Nota Jari : semakin takut dengan keadaan sekarang.. T_T
12 comments:
bagusnye buat entri ilmiah mcm ni.. huhu.. aku pon ada gak terpikir manusia ni diperbuat drpd tanah ape.. byk jenis tanah rupanye.. lokasi jauh2 plk tu.. subhanallah~
bagus2.entri pertama kau berbentuk keagamaan.T__T
bagos2.
info yg baik.
*ni mesti beli buku dekat book fest.
subhanallah..nice info ;)
hoho buku yg ko baca aku pon penah baca.. dah khatam... betapa bumi tak bg tanah dia diambil sbb takut manusia membuat kerosakan pada muka bumi.. subahanallah.. beberapa tahun tanah tu dibentuk baru la roh ditiupkan :P nanti ko cite la, aku dah lupa :P hehee....
ade jugak member aku yg berilmiah macam nih..haha..bagus2..teruskan menulis lagi smpi part 100..ahahaha
bestnyer baca pasal mende ni..
btw tanah melayu xde ke? huhu joking jee
sungguh ilmiah entry kalo ni..nk tunggu part II lak..selama ni xtau pon..huhu
uish...camtuh ke? tak tau plak selama nih. anyway, thanx for sharing! :)
baru aku tau psl tanah tu..huhu
info yang bagus ni,huhuhu,terima kasih sebab sudi berkongsi
Tanah liat x der? @_@
Btw nice info.. =)
Post a Comment