![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjn8IY4B2M8pWDcS3aSCUQACOb_kJZ7eTex9dTOU-RoaIpa0ZyvL2M8BQUfDS-UCuePLgKbjOq-LRgk9CGNEXBQHMQbv78dEB-64SbpTGlijdav5HXOa9ExtrlJ0dPXaLCSThWI07uPMMFr/s320/gambar.jpg)
kali ni aku nak update sesuatu yang menarik yang boleh dijadikan pedoman kepada semua pengguna internet lagi-lagi yang baru mula nak berjinak untuk mencari pendapatan dari saluran internet ni..
dengan keyword "kerja sambilan di rumah" di pak google sahaja sudah menjangkau 235,000 result.. rata-rata semuanya boleh di percayai ke? itu yang menjadi tanda tanya.. ada sesiapa pernah mencuba salah satu dari hasil pencarian tu? cakap-cakap! ha3 aku pernah.. ye! aku pernah mencubanya! hasilnya? makian dari aku untuk "kerja sambilan di rumah" kononnya!
bukan sekali aku mencuba tetapi 2 kali.. untuk pertama kalinya aku perolehi iklan tersebut dari satu forum terkenal.. sebab apa aku masih mencuba sedangkan pernah terkena? ha3 sila gelak dgn rakus ya! apa yang aku pikirkan masa tu "tak akan forum terkenal mcm tu, gah semua kenal tak akan dia main amik iklan mentipu pulak kan?".. ho3
aku try la bukak web tu tengok macam woooaaaa time tu apa pun tak tau sangat kan pasal benda-benda mentipu ni, dengan mudahnya aku yang baru dalam internet ni kena la mentipu dengan "kerja sambilan di rumah" kononnya boleh dapat pulangan hebat! aku pun transfer la dengan menggunakan m2u berjumlah RM30 (mkn mekdi kenyang weyh T_T).. lepas je aku transfer tu, aku terus la email pihak berkenaan untuk memproses yang dikatakan mengambil masa kurang dari 24jam untuk pengesahan (konon).. ha3 setelah aku menunggu tidak juga email aku di balas dan menimbulkan kata-kata perli untuk diri sendiri "padan muka kau kene tipu dah".. LOL ni lah mende alah "kerja sambilan di rumah" mentipu tu -->> Kerja sambilan dirumah RM2000-RM3000 sebulan/RM20-RM100 sejam
tu adalah benda mentipu yang pertama aku kene kat internet ni.. yang kedua pulak aku dah lupa web dia tapi nama yang digunakan Global Advertising Corporation.. aku ingatkan betul-betul key in data punya keje sekali nak tau apa dia suruh buat? korang download la kalau rajin dan betul-betul nak tau, tak besar pun saiz fail dia tak sampai 2mb pun.. -->>Key in data penipu ho3 yang ni nasib baiklah rm10 je.. tapi buat makan kenyang gak dowh! T_T
korang pepandai lah yer menilainya aku dah share pengalaman aku tentang benda-benda mentipu lagi PENIPU ni.. harap jangan ada lagi yang terpedaya, aku dah rugi rm40 (mkn mekdi kaw-kaw kenyang T_T) duit tuh ingat senang ke nak dapat kalau tak usaha? penat-penat aku kerja, orang yang mentipu ni senang-senang je dapat wah! melampau! goyang kaki duit masuk macam tu je.. ada yang pernah kene tipu? jujum share!
Nota Jari : aku dah tak percaya langsung apa-apa pogram berkaitan kerja sambilan kat internet nie..