Monday, January 17, 2011

Masalah Sembelit Menimpa Diri

As'salamualaikum dan salam sejahtera kalian..

Berdirinya saya di sini ingin bercerita tentang hujah saya berkenaan SEMBELIT! Ada sesiapa dikalangan kalian semua tahu apa itu SEMBELIT? Boleh berkongsi dengan saya di ruang komen.. KAHKAHKAH

Ini lagi mimpi ke berapa entah aku boleh merajinkan diri menaip entry kat blog yang tak berapa nak lawa ni.. Taip entry berkaitan SEMBELIT pula tu! hahaha Apa? ingat aku sengaja ke nak berkongsi cerita pasal SEMBELIT ni? Ada motif la! MOTIF! Nak tau apa MOTIF dia? Senang je.. Nak korang semua rasa SEMBELIT macam aku rasa!! wakakakah

Hari tuh tah macam mana aku tak buang air besar (berak) sehari, sekali hamikk kau berhari aku tak dapat nak membuangkan air besar aku ini.. Serius seksa! Bila aku menTWITkan di twitter berkenaan SEMBELIT aku, mulalah ada yang memberi cadangan supaya makan pisang lah betik lah minum air banyak-banyak lah.. huhuhu

Okay sekarang ni meh kita kaji serba sedikit berkenaan SEMBELIT di sini..

Apakah maksud SEMBELIT ni?
  • Maksud SEMBELIT di sini INGAT! di sini maknanya di blog aku.. hahaha Kesusahan untuk memBERAKkan tahi yang terkumpul di dalam usus perut ni.. :P
Macam mana SEMBELIT ni boleh jadi?
  • Dari cerita aku pun korang dah tau macam mana dia jadi.. Sebab tak berak sehari hamik SEMBELITlah kau! hahahaha..
Cara untuk mengatasi masalah SEMBELIT?
  • Cara aku mudah.. Kau bangun pagi amik air suam minum kumur-kumur telan! Lepas tu pergilah sarapan.. Kejap-kejap lagi kau berak lah.. kahkahkah

Cukuplah main-main.. Aku nak serius sikit! HAHAHA ini dari kajian GOOGLE berkenaan SEMBELIT..

Apakah maksud SEMBELIT ni?
  • SEMBELIT ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar dan kesukaran untuk membuang najis. SEMBELIT ini merupakan gejala dan bukannya penyakit. Setiap orang pasti akan mengalami masalah SEMBELIT ini akibat dari pengambilan makanan yang tidak baik.
Macam mana SEMBELIT ni boleh jadi?
Kebiasaan gejala-gejala SEMBELIT seperti berikut tetapi setiap orang akan mengalami gejala yang berlainan.
  • Tidak membuang air besar beberapa hari atau membuang najis keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan. (aku macam tak je)
  • Gigi mengetap, kaki bersilang, punggung dikepit bersama, muka jadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk mengelakkan keselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Ini juga disebabkan seperti:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutama dikalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritiable bowel syndrome).
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan pembuangan air besar.
  • Kekurangan air.
  • Masalah dengan rektum dan kolon.
  • Masalah dengan fungsi usus (SEMBELIT kronik secara tiba-tiba).
Cara untuk mengatasi masalah SEMBELIT?
  • Memastikan kira memakan serat dan meminum air yang mencukupi. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikan najis lembut.
  • Makan banyak bijirin penuh, kekacang, buahan sega dan sayuran.
  • Lakukan senaman berkala. (yang ni aku berat sikit)
  • JANGAN menahan untuk membuang air besar.
Sekian untuk hujah saya kali ini.. Terima kasih pada yang sudi membaca.. HAHAHAHA

MAJULAH SEMBELIT UNTUK NEGARA! LOL

8 comments:

Fatehah A. said...

nasib baik ko tak buasir.kah3

stoberycoklat said...

rase nak SEMBELIT baca entry ko.sebb ko caps lock kn perkataan SEMBELIT tu xD.aku jarang sembelit sebb bgn pagi lepas pekena nescafe se mug kompem berlari2 ke toilet untuk melabo hahha..xnk kn sembeli kn berak hari2 xD

Paan Jr said...

bengong!
hahha
aku pnh rasa
siyes nak sembelit je kalau kene sembelit tu ko tau!!!

Anarm said...

doktor peribadi aku (huhuu) ada cakap.. org yg sihat dia akan berak pada setiap pagi.. doktor aku tu ada cakap lagi.. walaupun pagi2 kadang2 kita tak rasa nak memberakkan diri (bukan berak berdiri ye), kita pegi je jamban, duduk mcm biasa (iaitu duduk posisi nk berak).. lama2 nanti akan jadi kebiasaan dan tahi pon akan tahu bila waktu die nk keluar..

lagi 1, jangan teran kuat2 sgt time memberakkan diri tu (sekali lagi, bukan berak berdiri ye).. dikhuatiri akan menjadi punca buasir plak..

jika kita mengamalkan rutin harian mcm tu, ianya akan memberi kita sebuah kehidupan yg sihat tanpa sebarang penyakit seperti sakit sembelit, buasir, mahupun kancing gigi, atau kelemumur yg berpanjangan..
KAH KAH KAH..

ChuyRy™ said...

@anarm eh..x boleh teran kuat2 ke? T_T

serius time bace entri ni rasa macam ape yang ditulis..hahaha LOL
akak silap makan kot ni..makan je pisang..bnyk sgt mkn kang kencing manis pulak..haha

Ryehanna said...

dulu aku selalu gak sembelit... buasir pun ada kot cos berak kuar darah cos taik dah keras gile (dekat 3,4 hari xberak). Darah tu darah luka masa nak kuarkan taik.. huahuahua (detail gile citer)

nak tau ape ubatnye?

pagi2 sila minum nescafe... aku bancuh nescafe 3 in 1 tu satu cawan tiap2 pagi before pg kelas (zaman student la ni) and laju je pagi2 terus berak. So, bila hari2 berak, takdela sembelit dah. huhu

Anonymous said...

Finally, an issue that I am passionate about. I have looked for information of this caliber for the last several hours. Your site is greatly appreciated.

intan said...

IZ FIBER Penyelesai Masalah Sembelit, Perut Buncit dan Berat Badan, efektif dan selamat digunakan...diluluskan KKM...
info mengenai produk ad kat http://intan-fiber.blogspot.com