Tetiba je terpikir pasal gigi terus nak cita sal gigi.. Kira ada jugak la benda yang berguna untuk N3 baru aku.. ho3 meh nak cerita sket la..
Bila cakap ubat gigi mesti pikir pasal fluorida.. Apa fluorida tu? he3
Fluorida dari MyHealth kata..hek3 itu antara maksud2 yang di jumpai..
Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.
Fluorida dari Wikipedia kata plak..
Fluorida adalah sebatian yang menggabungkan fluorida dengan pasangan bercas positif yang lain. Ia biasanya terdiri daripada ion-ion. Sebatian fluorin dengan logam adalah merupakan antara garam-garam yang paling stabil di antara semua garam.
Lain-lain fluorida biasanya ditambah ke dalam ubat gigi dan juga, yang pernah menimbulkan kontroversi, ke dalam pembekalan air perbandaran untuk mencegah gigi berlubang.
Maknanya di sini bagi pemahaman aku la kan.. Fluorida ni penting untuk penjagaan gigi kita tapi tidak perlu dalam kuantiti yang byk sebabnya di dalam kandungan air paip di rumah kita tu dah pun mengandungi fluorida tersebut.. he3
Jadi di sini.. Untuk menjaga gigi supaya kelihatan cantik, bersih, putih bla bla bla.. Kena la pilih ubat gigi yang berflorida tapi ada ke tulis berapa byk kandungan florida yang terkandung dalam satu2 ubat gigi? hu3 itu kena tau ya.. =p Cuma aku kurang pasti ada ke tak tulih berapa byk kandungan yang di letak.. *nmpak sgt tak penah amik kesah* hak3 Jom praktis memberus gigi kat COLGATE
Langkah penjagaan gigi selain memberus gigi adalah..
Dengan menggunakan kaedah Flos.. Apa flos nie ya? he3 kena tau weyh!
Flos adalah teknik membersihkan segala kekotoran yang terdapat pada celah2 gigi ye adik2.. =p Gunakan benang pun boleh kalo tak ada Flos yg di khaskan utk gigi.. ho3
Kalo dah tau teknik, mesti nak tau cara nak gunakan? *teknik ngn cara tak sama ke?* kah3
Cara untuk menggunakan Flos..maklumat lanjut di Info Sihat
- Flos yang berukuran lebih kurang 18 inci dililitkan di kedua-dua jari tengah. Pegang dan regangkan sebanyak satu inci di bahagian tengah.
- Gerakkan flos ke atas dan ke bawah perlahan-lahan di permukaan antara dua gigi. Flos tersebut perlu mendakap permukaan gigi.
- Jangan lupa membersih permukaan sisi gigi yang paling belakang.
- Jangan guna semula flos yang terpakai.
Ada lagi teknik lain sebagai contoh bekumur dengan bahan kumuran.. ini bagi mengelakkan nafas berbau sahaja.. Nanti tak la awek lari kan pasal mulut busuk.. hak3 =p lagi2 yang merokok tu.. he3 tetapi bahan kumuran tidak boleh menggantikan penggunaan berus gigi,ubat gigi dan flos.. hu3
untuk maklumat lanjut di Info Sihat
Itu sahaja buat masa ini ya adik2 untuk cara penjagaan gigi.. hak3 Terima kasih kerana membaca.. ^__^ Jom Jaga Gigi Kita!! kah3
2 comments:
gigi aku mmg xcntik..huhuhuhu
gigi aku semue ok...tp, gusi belakang aje cam hawau sket asik sakit2 aje. huhuu
Post a Comment