Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Bawa Pulang AffSuzukiCup!



YEYYYY!!! #harimaumalaya bawak balik #affsuzukicup!!! #malaysiaBoleh!!! muahmuahmuah!! dengan aggregate Malaysia 4-2 Indonesia TAHNIAH negaraku tercinta Malaysia! tahniah untuk K.Rajagopal berjaya membentuk pemain bola Malaysia..

Tuesday, December 28, 2010

Tabiat Tak Senonoh Dalam Kehidupan Seharian

As'salamualaikum dan juga salam sejahtera kawan-kawan.. *kalo ada yg baca*

Entah apa ke mimpi aku nak menaip entry baru pulak tiba-tiba hari nie.. Macam ada satu perasaan semangat nak menaip kat blog datang tanpa di undang.. hahahaha Sekarang nie heboh pergaduhan atau pertengkaran siber orang cakap la bukan aku heeeee :P lagi-lagi dekat twitter.. huhuhu pasal apa? Pasal kes fire me'fire' (alahh yang laser-laser tu) dalam perlawanan bola sepak #affsuzukicup antara Malaysia vs Indonesia 26/12 hari tu.. huhuhu Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan 3 gol.. Cayalah #MalaysiaBoleh!!! #LoveMalaysia *mcm twitter plak* hahaha

Ahh!! sudah! mengarut je kan.. Berbalik kepada tajuk.. Tabiat dalam kehidupan seharian? Bila cakap pasal tabiat nie benda yang akan kita buat jangan kata akan dah jadi macam WAJIB buat tetiap hari.. Kalo tak buat rasa hidup macam tak lengkap #gitew hahaha aku tak nak senaraikan orang lain punya tabiat.. Dah apa keje aku nak senaraikan orang lain punya tabiat? Aku punya tabiat sudah la.. hakhakhak lepas tu kita bandingkan sama tak tabiat aku dengan tabiat engkorang semua.. haaa yang nie baru betul kan kan kan?? hohohoho :P jujum tengok apa senarai tu..


1.
Bangun tidur mesti tak gosok gigi dulu.. Amik air masak minum sambil kumur-kumur lepas tu telan.. Buat air nescafe lepas tu makan biskut tak pun roti.. agagagaga *lepas tu komfem senang berak!*


2.
Bila aku duduk saja, tengok tv ke main pc ke.. tangan aku takkan berhenti dari kopek-kopek *sila jangan pikir bukan-bukan* kuku kaki kadang-kadang boleh sampai berdarah sebab terlebih kopek kuku kaki tu.. entah macam mana aku nak ubat tabiat yang buruk nie.. sayangi lah kuku kaki anda.. T_T

3.
Kalau keluar jalan-jalan.. aku memang susah nak jalan pelan-pelan memang akan laju je menonong tak ingat orang dah macam keluar sorang-sorang.. *nie kira tabiat ke?* dah ramai komplen pasal nie kat aku.. sebab tu kalau nak follow kawan-kawan aku membeli-belah *skema* memang jawapannya MALAS.. hohoho

4.
Waktu marah memang akan keluar perkataan-perkataan kurang sopan seperti "bodoh, babi cipeklok, cilaka, bongok, bangang, bahalol, pukimak, sial, lahanat.." ini perkataan yang biasa sebut kalau tengah marah yang betul-betul marah tak pun time dengan kawan-kawan.. T_T uhuk!

5.
Handphone takkan penah lekang dari tangan lagi-lagi dah pakai vivaz pro nie kan.. lagi la tak lepas.. lagi pun handphone nie dah macam pengganti jam tangan.. hehehe kalo nak tengok jam seluk poket amik handphone.. tak main la der angkat tangan, bawak keluar la handphone canggih baru boleh BERLAGAK.. WAKAKAKAH :P


6.
Sampai bab makan tabiat aku suka makanan fast food.. segera punya nak-nak mekdi wooaaa! kalau time lapar memang aku akan 3bijik mekciken terus itu wajib! hehehe bukan selalu waktu tersangat lah lapar sahaja aku akan jadi GERGASI yang lapar.. BHAKHAKHAK!

7.
Bila dah bangun tidur aku memang TAK nak bangun terus.. Akan amik handphone tengok jam dulu.. walaupun dah lewat masuk keje nak taknak mesti akan lewat sebab? hahaha bangun lepas tu duduk jap.. nanti "halamakk ngantuk lagi la baring jap 5minit".. bangun duduk jap nanti "halamakk ngantukk lagi laa baring balik lagi 5minit".. ha amik kau ulang sampai patplohjutakalipuntakapa sampai kau betul-betul dah lewat!!! HAHAHAHAHA

Bapak ahh panjang entry aku.. tetiba nak pulak aku merajinkan diri taip sepanjang begini.. hahahaha.. sudah la aku pun tak tau nak letak apa lagi tabiat tak senonoh aku.. Engkorang pulak?

Wednesday, December 22, 2010

Sony Ericsson Vivaz Pro U8i - Camera

Dimulakan dengan Bismillah.. Disudahi dengan Alhamdulillah.. Begitulah sehari dalam hidup kita mudah-mudahan dirahmati ALLAH...~ ^_^ As'salamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Seperti yang dijanjikan entry pada kali ni berkaitan BATIN Vivaz Pro, ZAHIRnya boleh tengok pada entry lepas.. hahaha Entry sebelum ni aku hanya tunjuk kecantikan luaran Vivaz Pro atas dia, bawah dia, kiri dia, kanan dia.. huhuhu tapi aku tak tunjuk pun spesifikasi handphone Vivaz Pro ni kat korang kan? ok korang boleh usha gambar kat bawah ni..

tak jelas boleh klik untuk kejelasan berganda! *besar punya!!*

Sekarang spec dia pun dah tau.. Jadi jom kita terjah BATIN vivaz Pro ni! Untuk kali ni aku fokus kepada kamera dia.. Sebab apa aku fokus pada kamera dia? Bagus sangat ke? haaaa.. Kamera dia sangat la best walaupun hanya 5.1mp sahaja! Bila tukar kepada function rakaman video, resolution dia menjadi HD.. Maknanya kat sini video tu akan menjadi sangat-sangat cantik rakamannya.. Cerita banyak pun macam tak guna kalau tak tunjuk bukti.. Kat bawah ni aku ada amik beberapa keping gambar dari Lensa Vivaz Pro kekasih hati aku.. gegegege TANPA EDIT YE!













Dan ada beberapa demo gambar PANORAMA..



Thursday, December 9, 2010

Sony Ericsson Vivaz Pro U8i - Unboxing

Dengan sopan santun lagi lemah lembut aku memulakan penulisan.. As'salamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan.. kahkah :P

Gila lama aku tak update blog.. Last update pun bulan8.. pehh! Macam tak percaya! (konon padahal biasa dah) hahaha.. Untuk update kali ni aku saja nak share kegembiraan aku memiliki handphone baru iaitu Sony Ericsson Vivaz Pro U8i.. Memang dah lama aku target handphone ni untuk dimiliki alhamdulillah berkat rezeki mengumpul dapat la aku tambah satu lagi koleksi handphone hasil titik peluh aku sendiri.. TUNAI YE! huhuhu..

Aku bukan penggila gadget tapi disebabkan terdesak kerana handphone lama dah mula menunjukkan keTUAannya jadi aku pun mencari pengganti yang lain.. hohoho Alang-alang beli biar yang puas hati terus tak gitu? Mahal sikit tak apa untuk kegunaan jangka masa panjang.. Aku masih setia dengan Sony Ericsson tak terasa untuk ke arah model lain macam Cokia eh Nokia ke, LG ke, Samsung ke.. huhuhu Okay aku pun malas gila nak taip panjang-panjang.. Bukan ada sapa rindu pun penulisan aku kat blog nie.. Silap-silap tak ada orang nak masuk pun.. kahkah

Di bawah ni aku ada buat 1 video konon-konon nak buat ala-ala review untuk handphone ni.. Sebab apa aku nak buat review pasal handphone ni? Sebab bila aku beli, orang kedai tu cakap tak ada orang pakai sangat handphone ni sebab sensitif sangat dan susah nak jaga lagi-lagi bahagian kamera dia.. Itu sebab aku nak sangat buat bagi orang lain tau keistimewaan handphone ni macam mana.. Buat masa ni aku pakai memang sangat-sangat puas hati terutama kamera dia.. HD!! cantik sangat.. Jadi, sila la play video kat bawah ni kalo nak.. Dalam pada aku buat review ni dapat aku promot kecanggihan Nikon D3100 kawan aku punya.. Video ni dari hasil rakaman Nikon D3100 tersebut..



Lepas ni akan aku update lagi berkenaan gambar-gambar dari hasil Lensa Vivaz Pro.. Wa Chow dulu!! [^_^]"]

Nota : Ada sikit-sikit kehodohan tu buat-buat tak nampak je la ek! hahaha