Thursday, July 8, 2010

Sepanyol mara ke Akhir!

FIFA Worldcup 2010 di Afrika Selatan masih belum tamat.. Kehangatan masih lagi terasa bagi para peminat dan PENGILA bola (macam aku) :P lagi-lagi Sepanyol bakal melangkah ke Final selepas menewaskan Jerman dengan 1 gol berbalas 0 awal pagi tadi (2.30am 8Julai2010 waktu Malaysia) hahahaha..

Betapa gembiranya hati bila tengok team KESAYANGAN mara ke AKHIR beb!! AKHIR! Dah la Sepanyol tak pernah sekali pun muncul juara untuk FIFA Worldcup.. Adakah ramalan aku bakal menjadi kenyataan? hehehehe.. Harap-harap ya.. (nanti dapat hadiah contest bro Denaihati kah3)

Semua 5 team yang aku pilih untuk FIFA2010 kali ni banyak gak mengena tapi yang kurang best sebab semua team yang aku pilih bertembung sesama sendiri untuk peringkat awal.. kan ke best kalau dorang jumpa dekat separuh akhir ke kan.. ho3 lagi la gua TERUJA!! =O

Memandangkan aku ni peminat SETIA Sepanyol sejak dari mula start FIFA2010 ni, apa kata kita tengok laluan-laluan yang telah Sepanyol berjaya REMPUH dan akhirnya menempah tempat ke AKHIR menentang Belanda (2.30am 12Julai2010 waktu Malaysia)..

Peringkat Kumpulan :


Peringkat Kalah Mati :


Ulasan Perlawanan Sepanyol vs Jerman (Separuh Akhir) :
Untuk peringkat Separuh Akhir berlaku pertembungan antara 2 team kegemaran aku Sepanyol vs Jerman.. Untuk ni dah tentu aku pilih Sepanyol sebab itu adalah pilihan JUARA aku.. ho3 betapa cuak nya aku sebab Jerman boleh dikatakan POWER sebab mampu kalahkan Argentina 4-0 beb! Tapi itu tak akan membuatkan aku beralih arah dari Sepanyol ha3 pada separuh masa pertama perlawanan tiada sebarang gol untuk kedua-dua team hanya cubaan-cubaan yang berbahaya dilakukan dua-dua team dan perlawanan dikawal SEPENUHNYA oleh Sepanyol hak3 Masuk separuh masa kedua serangan demi serangan yang dilakukan Sepanyol dan akhirnya minit ke-73 Puyol(5) berjaya menanduk bola masuk sekali gus melengkapkan sepakan penjuru oleh Xavi(8).. Perlawanan berakhir dengan kemenangan Sepanyol 1-0 Jerman.. ^_^





Nota : Gambar-gambar semuanya dari website FIFA.com

Nota Jari : Wahahahahahak aku hepi giler Sepanyol berjaya ke Akhir!! yey!!

13 comments:

ChuyRy said...

ceh..x minat pon Spain..hu3
argentina ngn italy, german dah kalah T_T

acaPAWN7 said...

Aku jangkakan Sepanyol kalah awal, rupanya tidak T__T

x-po said...

nk tunggu si sotong pilih sape yg menang hehe

ezanykun said...

mesti geng sotong ni.. ekeke..

yashygsempoi said...

weyh korang aku SUMPAH tatau apa korang cakap sotong2.. korang suruh google pown aku tak hengin apa jadah la tuh kan.. yang aku tau bila cakap sotong nie ada kene mengena ngn laki lembut aka pondan.. wakakakakakah! :P

Wan Zawawi said...

good luck utk Sepanyol

Legasi Piston Pecah said...

memang betul lah pilihan lisa kan?spain akhirnya!

MrSup said...

hai cik yash yang baik hati.. dpt adiah dr bro denaihati nnt jgn lupe open table ek.table kecik pn jd laa.huhu :D

Deen said...

kalau spain main macam lawan jerman..komfem boleh jadi juara..

Unknown said...

GO! GO! Sepanyol..u can do it...ahahahahaha

Syafrizal said...

tahniah pada penyokong Spain
kepada penyokong Jerman... tunggu 2 tahun lagi boleh fight balik masa Piala Eropah

stoberycoklat said...

spain! spain! haha ritu sokong Arg..ekeke..ku da insap lah..nk ikut ko la plak.haha

lizz said...

aku suke argentina tp sbb dah kene bungkus,aku jad lalang ke spain lak.wakakaka!!!