Monday, July 12, 2010

(GAMBAR) Sepanyol JUARA Fifa Worldcup 2010!



as'salamualaikum sume dan salam sejahtera..

Ole Ole Ole Oleeee.... Sepanyol menang... Sepanyol laaaa JUARA Worldcup! kah3 :P hepi kaw-kaw(mcm iklan kopi kapal api) aku hari nie sebab team pilihan aku untuk worldcup JUARA!!! woooooaaaaa!! =O siapa lagi kalau bukan SEPANYOL!! ha3 sokongan tak terhingga diberikan dari mula perlawanan FIFA2010 sampai lah perlawanan Akhir awal pagi td antara Sepanyol vs Belanda(12Julai2010 2.30am waktu Malaysia)..

Perlawanan kedua-dua team ni sangat lah di tunggu-tunggu sebab Sepanyol mahupun Belanda tidak pernah sekali menjuarai Fifa Worldcup tetapi Belanda mempunyai pengalaman dalam mara ke Akhir (1974 & 1978) untuk tempat ke2 dan tempat ke4 (1998).. berlainan pulak dengan Sepanyol yang hanya pernah sekali beraksi untuk tempat ke4 (1950) sehingga lah Fifa Worldcup 2010 Sepanyol menjadi JUARA!! segalanya terjawab dalam perlawanan awal pagi tadi.. ^__^

Memang seronok gila aku bila team yang aku pilih JUARA.. punya la ramai saiko(bak kata kwn aku) aku kata Sepanyol tak kuat lah.. lembik lah.. ha3 aku apa pedulik? wa tetap Sepanyol beb!! Tapi masa memula game Sepanyol lawan Switzerland dalam kumpulan tu, memang cuak sebab kalah 1-0.. hak3 tapi itu semua permulaan orang kata sesi pemanasan badan! kah3 tapi lepas tu, Sepanyol terus mencatat kemenangan walaupun jaringan yang di buat tak la gempak tapi untuk menang mencukupi la kan? hehehehe..

Ulasan Perlawanan Akhir Sepanyol vs Belanda :
Untuk perlawanan peringkat Akhir ni agak mengecewakan sedikit sebab rentak kedua-dua team slow! Tapi masih penuh dengan debaran percubaan berbahaya dari kedua-duanya.. Perlawanan sepenuhnya di kawal oleh Sepanyol (mcm yg di jangka).. Lagi mengecewakan Pengadil pun tanpa segan silu mudah melayangkan kad kuning kepada pemain (aku rasa memang patut) dalam perlawanan ni saja sebanyak 13 kad kuning di beri dan 1 kad merah selepas pemain Belanda di beri amaran kali ke2.. Dua-dua team memang nampak terdesak untuk dapatkan gol lagi-lagi Belanda! Perlawanan Akhir awal pagi tadi dah macam perlawanan gusti je aku tengok! Pemain Sepanyol ramai dikasari oleh pemain-pemain Belanda terutama Alonso(14) kene penendang sulong di dada dari De Jong(8) yang ini aku kurang puas hati dengan keputusan pengadil sepatutnya KAD MERAH!! gila tendang kat dada tu! Agak membosankan perlawanan kedua-dua team nie sebab tak ada langsung sebarang gol sampai lah tamat masa 90min dan pertambahan masa 30min diteruskan.. Akhirnya, penantian suatu penyekasaan pada min116(masa tambahan) Iniesta(6) menjaringkan gol untuk Sepanyol bergelar JUARA!! yey!!! \^_^/
Antara aksi-aksi dalam perlawanan Akhir Sepanyol vs Belanda :










Kegembiraan Sepanyol setelah begelar JUARA Fifa Worldcup 2010 :








Award Fifa Worldcup 2010 :


Kasut Emas & Pemain Termuda - Mueller (Jerman)


Bola Emas - Forlan (Uruguay)


Sarung Tangan Emas - Casillas (Sepanyol)

Kalau nak tau lebih lagi sila la ke website rasmi Fifa Worldcup 2010 di FIFA.com
Semua gambar dalam entry ni amik kat FIFA.com

Nota Jari : TAHNIAH Sepanyol!! Viva Espanaaaa...~ yeeehaaaa! :P

6 comments:

annadzirah said...

no comment.
HAHAHAHA.

xminat sangat bola.
d:

ChuyRy said...

xbest..kah3

x-po said...

kalau lah argentina leh masuk final, konpem kalah punya sepanyol hehehhe

Niat jadi playboy/playgirl semata-mata mahu dapatkan yang terbaik ke?

stoberycoklat said...

yeah..ko shepi kan kan..haaha
ganas giler la men..sipa terajang sane sini..peh..ptt pon kalah dorang tu..hohoho

Unknown said...

no komen..tahniah spain...ahahaha

diraja22 said...

viva espana..