Sunday, November 15, 2009

Hot Chick

Kadang2 saya pelik bila baca kat paper ada gelaran hot chick la.. Tau tak hot chick tu apa maksud nya? Pelacur macam tu.. Lepas tu bangga bila di gelar macam tu.. kenapa ekk? yang jadi mangsa nya dah sah2 perempuan.. nanti kalau kene rogol ke bunuh nak salah kan siapa?? lepas tu baru la nak buat repot padahal salah sendiri..

Macam contoh la, komputer bila rosak mesti ada guide nak repair.. Macam tu jugak dalam islam, kita dah di beri Al-Quran untuk di jadikan panduan.. Bila Allah kata perempuan kene berpakaian tutup dada sebab apa.. Jadi ikut la jgn di sebab kan alasan nak ikut peredaran masa suruhan Dia kita lupa.. Bla.. Bla.. Blaaaa...
Kat atas nie kata2 seorang pelanggan kat tempat keje aku.. Dia nak lepas kan perasaan kot! Sebab dia jelek gila bila tgk perempuan2 skang berpakaian macam tak cukup kain satu hal.. Lepas tu ketat2 timbul sana cnie.. Apa punya pakaian la macam tu, tak sedar ke yang kaum kita hawa nie dah di perkotak katik kan? telah di jadikan bahan boneka oleh kaum adam.. mungkin tak semua.. ^__^

Nie pengakuan sendiri dari orang lelaki.. Dia ada cakap, yang membuatkan aku tersedar sendiri.. Tapi tak tau la kan.. Kebanyakan pereka fesyen skang siapa? majoriti lelaki bukan? Jadi nmpak tak dorang reka baju macam mana? Untuk apa tujuan dorang reka fesyen tak cukop kain ekk? Terbelah sana cnie? Singkat sana cnie? Bukan tujuan untuk tuntutan napsu? Wallahualam..

Aku jadi malu bila lelaki tanya macam tu kat aku.. Perempuan nie tak ada perasaan malu ke bila pakai pakaian macam tu? Tak sedar ke sedikit sebanyak mengundang napsu lelaki? Adoi! Aku tak tau nak jawab.. Dia siap cakap yang pak lebai sekali pon, beserban segala bagai jubah semua2, menipu kalo napsu tak bergelodak la.. Nie kata2 lelaki sendiri.. Jadi? Pikir2 kan la wahai kaum ku, hawa...

3 comments:

syinrayafa said...

hot chick....hot entri ni..haha...

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab: 59].

Lizz said...

dulu, cita2 aku nk jd fashion designer tp ustaz aku cakap..kite yg wat baju tuh..kite yg laing byk dapat saham dosa.tak jadik aku. kehkehkeh

oh!dawie said...

mmg hot topik nie..Mmg betol,kaum laki akan terganggu pandangan bila terdapat golongan wanita yg suka bersedekah (dedah aurat la..hoho..)

Dalam topik mcm nie xperlu di debatkan sape yang salah sape yg betul..yg penting garis panduan mmg dh ader.Aku xkisah kalau org bukan islam xnk pakai pape sekali pon..tp,bila org islam dh jd mcm bkn islam,aku agak mrh..

Dalam IC tulis Islam,tp xamalkan lgsg ajaran islam..