Antara sakit fizikal atau mental mana satu pilihan korang ek? Bagi aku dah tentu aku pilih sakit fizikal dari menderita kesakitan yang menguji mental.. Menipu je kan tak sakit kalo sakit dari segi fizikal.. Meh aku lempang korang sorang2 tak pon aku lenyek dengan kereta sorong aku, mau? hak3 rasa sakit ke tak.. =p
Bukan semua orang mampu melawan kesakitan mental yang di alami dalam hidup masing2.. Semua manusia yang hidup kat dunia nie kalo tak ada masalah tak sah kan? Apa tak ada? Kalo tak ada ko gali lubang tanah 7kaki kebawah lepas tu ko timbus diri ko sendiri.. kah3
Seksa bila berdepan dgn kesakitan mental nie, hanya DIA saje la tempat untuk mengadu.. Tak akan ada yang memahami mahupun kawan, bf, gf, jiran, atau sesiapa je la..Sebab dia tak alami apa yang kita alami.. Cuma dorang yang mendengar nie hanya mampu memberi kata2 semangat.. Kadangkala aku berdoa juga supaya aku di beri sakit fizikal kerana aku tidak kuat untuk berdepan dengan kesakitan mental bila melanda diri.. Bukan menolak ketentuan DIA tapi entahlah..
Kalau lah boleh memilih, mahu sakit fizikal atau mental sudah tentu pilihan aku sakit fizikal.. Biarlah patah kaki sekali pun, asal hati senang, kepala bebas dari bebanan masalah, jiwa pun tenang.. hurmm..
1 comment:
hilang ingatan sakit mntal gok ke....?
Post a Comment