Monday, November 23, 2009

Free Training, IT


klik gambar untuk lebih jelas

Nak buat promosi sikit.. Sesiapa berminat nak join seminar FREE, IT..
Meh masuk seminar yang di anjurkan MSC MALAYSIA..
Bertempat Taman Seri Rampai, Setapak..
Boleh call nombor yang tertera sebab kena daftar..
Start seminar 1/12/2009 - 28/2/2010 semala 3bulan..

Sunday, November 15, 2009

Hot Chick

Kadang2 saya pelik bila baca kat paper ada gelaran hot chick la.. Tau tak hot chick tu apa maksud nya? Pelacur macam tu.. Lepas tu bangga bila di gelar macam tu.. kenapa ekk? yang jadi mangsa nya dah sah2 perempuan.. nanti kalau kene rogol ke bunuh nak salah kan siapa?? lepas tu baru la nak buat repot padahal salah sendiri..

Macam contoh la, komputer bila rosak mesti ada guide nak repair.. Macam tu jugak dalam islam, kita dah di beri Al-Quran untuk di jadikan panduan.. Bila Allah kata perempuan kene berpakaian tutup dada sebab apa.. Jadi ikut la jgn di sebab kan alasan nak ikut peredaran masa suruhan Dia kita lupa.. Bla.. Bla.. Blaaaa...
Kat atas nie kata2 seorang pelanggan kat tempat keje aku.. Dia nak lepas kan perasaan kot! Sebab dia jelek gila bila tgk perempuan2 skang berpakaian macam tak cukup kain satu hal.. Lepas tu ketat2 timbul sana cnie.. Apa punya pakaian la macam tu, tak sedar ke yang kaum kita hawa nie dah di perkotak katik kan? telah di jadikan bahan boneka oleh kaum adam.. mungkin tak semua.. ^__^

Nie pengakuan sendiri dari orang lelaki.. Dia ada cakap, yang membuatkan aku tersedar sendiri.. Tapi tak tau la kan.. Kebanyakan pereka fesyen skang siapa? majoriti lelaki bukan? Jadi nmpak tak dorang reka baju macam mana? Untuk apa tujuan dorang reka fesyen tak cukop kain ekk? Terbelah sana cnie? Singkat sana cnie? Bukan tujuan untuk tuntutan napsu? Wallahualam..

Aku jadi malu bila lelaki tanya macam tu kat aku.. Perempuan nie tak ada perasaan malu ke bila pakai pakaian macam tu? Tak sedar ke sedikit sebanyak mengundang napsu lelaki? Adoi! Aku tak tau nak jawab.. Dia siap cakap yang pak lebai sekali pon, beserban segala bagai jubah semua2, menipu kalo napsu tak bergelodak la.. Nie kata2 lelaki sendiri.. Jadi? Pikir2 kan la wahai kaum ku, hawa...

Thursday, November 12, 2009

Fizikal @ Mental?

Antara sakit fizikal atau mental mana satu pilihan korang ek? Bagi aku dah tentu aku pilih sakit fizikal dari menderita kesakitan yang menguji mental.. Menipu je kan tak sakit kalo sakit dari segi fizikal.. Meh aku lempang korang sorang2 tak pon aku lenyek dengan kereta sorong aku, mau? hak3 rasa sakit ke tak.. =p

Bukan semua orang mampu melawan kesakitan mental yang di alami dalam hidup masing2.. Semua manusia yang hidup kat dunia nie kalo tak ada masalah tak sah kan? Apa tak ada? Kalo tak ada ko gali lubang tanah 7kaki kebawah lepas tu ko timbus diri ko sendiri.. kah3

Seksa bila berdepan dgn kesakitan mental nie, hanya DIA saje la tempat untuk mengadu.. Tak akan ada yang memahami mahupun kawan, bf, gf, jiran, atau sesiapa je la..Sebab dia tak alami apa yang kita alami.. Cuma dorang yang mendengar nie hanya mampu memberi kata2 semangat.. Kadangkala aku berdoa juga supaya aku di beri sakit fizikal kerana aku tidak kuat untuk berdepan dengan kesakitan mental bila melanda diri.. Bukan menolak ketentuan DIA tapi entahlah..

Kalau lah boleh memilih, mahu sakit fizikal atau mental sudah tentu pilihan aku sakit fizikal.. Biarlah patah kaki sekali pun, asal hati senang, kepala bebas dari bebanan masalah, jiwa pun tenang.. hurmm..

Monday, November 9, 2009

Menagih Simpati

Saya dulu orang susah.. Buat macam2 keje nak cari duit.. Kadang2 sampai sanggup kutip tin2, botol2 jual untuk dapat duit sara diri.. Sebab tu la saya memilih untuk menjadi penyanyi.. Saya menghadiri sesi uji bakat dan terpilih menjadi peserta.. Bla... Blaa... Blaaa... Syukur dan berharap dapat mengubah nasib saya sekeluarga.. Bla.. Blaaa...
Hak3 rekaan je ayat2 di atas hanya untuk contoh sahaja.. =p
Semalam aku tgk mystarz LG untuk pertama kali nya sebab dah tak tau nak tgk cite apa kan.. *rumah tak ada tenet & astro* sebab tu bapak giler bosan layan je la kan..

Intro je da membosankan.. Lepas tu di selitkan lagi dengan kisah2 sedih untuk menagih simpati mungkin oleh para peserta program mystarz LG tu.. Aku agak kepelikan sedikit la kan.. Kenapa setiap kali realiti program mesti buat macam tu.. Bukan mystarz LG je.. AF la.. Mentor la.. Apa2 je la rancangan realiti skang nie..

Kalau terpaksa dan di paksa kene buat macam tu tak apa lah.. Mungkin sebab penganjur nak masyuk cepat kan! Biasa la orang Malaysia memang cepat tersentuh bila sedih2 nie.. hak3 tetiba je jadi pemurahkan dengan vote peserta2 tu kan.. nyanyian sedap ke tak ke merdu ke dah sah2 tolak tepi lagi2 kalo nmpak yang hemsem! *mleleh air lior* kah3

Dari sedekah kredit tuk vote2 tu baik sedekah kat surau2 ke masjid2 ke dapat pahala woooo! Membawa ke mati plak tu.. hek3 =p

Sunday, November 8, 2009

Sijil Perkahwinan

Apa nak kahwin? Eeee... Gatalnya awal2 dah nak kahwin!
Dah kemaruk sangat ke? Masak pon tak reti nak kahwin.. Sebok nak ambik kusus kahwin awal2 buat apa.. Bla.. Bla.. Bla.. huk3
Kalo cerita je pasal kusus kahwin mesti org akan cakap macam tu kan? hak3 kenapa ekk?
Aku pon salah sorangnya la.. Tapi bila di pikirkan balik macam tah pape je kalo pikir macam tu..



Nak di ikutkan bukan ke sijil perkahwinan nie penting? Kalo tak ada sijil nie mana boleh kawin! ha3 Ada yang tak nak kahwin ke?? poyo la tu tak nak konon.. =p sijil kahwin nie bukan ke lebih kurang fungsi dia macam lesen? betol tak?

Aku pon baru tau yang kusus kahwin akan di naik kan harga dan jangka masa untuk menghadiri kusus menjadi lebih panjang.. Bukan ke lebih menyusahkan? Tapi bagus jugak la dia buat macam tu.. Tak ada la lagi byk kes2 cerai berai kan? TETAPI! Mungkin akan BYK BAYI2 TERBUANG lepas nie kot! huk3

Nota Jari : Malas nak update skang nie.. T__T