Wednesday, October 21, 2009
Jom Jaga Kebersihan Gigi Kita
keh3 ni bukan tutorial untuk penjagaan gigi tapi nak becerita tentang penjagaan gigi kita.. Supaya kelihatan menawan, kacak, cantik, comel bla bla bla.. hu3
Tetiba je terpikir pasal gigi terus nak cita sal gigi.. Kira ada jugak la benda yang berguna untuk N3 baru aku.. ho3 meh nak cerita sket la..
Bila cakap ubat gigi mesti pikir pasal fluorida.. Apa fluorida tu? he3
Fluorida dari MyHealth kata..
Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.
Fluorida dari Wikipedia kata plak..
Fluorida adalah sebatian yang menggabungkan fluorida dengan pasangan bercas positif yang lain. Ia biasanya terdiri daripada ion-ion. Sebatian fluorin dengan logam adalah merupakan antara garam-garam yang paling stabil di antara semua garam.
Lain-lain fluorida biasanya ditambah ke dalam ubat gigi dan juga, yang pernah menimbulkan kontroversi, ke dalam pembekalan air perbandaran untuk mencegah gigi berlubang.
hek3 itu antara maksud2 yang di jumpai..
Maknanya di sini bagi pemahaman aku la kan.. Fluorida ni penting untuk penjagaan gigi kita tapi tidak perlu dalam kuantiti yang byk sebabnya di dalam kandungan air paip di rumah kita tu dah pun mengandungi fluorida tersebut.. he3
Jadi di sini.. Untuk menjaga gigi supaya kelihatan cantik, bersih, putih bla bla bla.. Kena la pilih ubat gigi yang berflorida tapi ada ke tulis berapa byk kandungan florida yang terkandung dalam satu2 ubat gigi? hu3 itu kena tau ya.. =p Cuma aku kurang pasti ada ke tak tulih berapa byk kandungan yang di letak.. *nmpak sgt tak penah amik kesah* hak3 Jom praktis memberus gigi kat COLGATE
Langkah penjagaan gigi selain memberus gigi adalah..
Dengan menggunakan kaedah Flos.. Apa flos nie ya? he3 kena tau weyh!
Flos adalah teknik membersihkan segala kekotoran yang terdapat pada celah2 gigi ye adik2.. =p Gunakan benang pun boleh kalo tak ada Flos yg di khaskan utk gigi.. ho3
Kalo dah tau teknik, mesti nak tau cara nak gunakan? *teknik ngn cara tak sama ke?* kah3
Cara untuk menggunakan Flos..
  1. Flos yang berukuran lebih kurang 18 inci dililitkan di kedua-dua jari tengah. Pegang dan regangkan sebanyak satu inci di bahagian tengah.
  2. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah perlahan-lahan di permukaan antara dua gigi. Flos tersebut perlu mendakap permukaan gigi.
  3. Jangan lupa membersih permukaan sisi gigi yang paling belakang.
  4. Jangan guna semula flos yang terpakai.
maklumat lanjut di Info Sihat
Ada lagi teknik lain sebagai contoh bekumur dengan bahan kumuran.. ini bagi mengelakkan nafas berbau sahaja.. Nanti tak la awek lari kan pasal mulut busuk.. hak3 =p lagi2 yang merokok tu.. he3 tetapi bahan kumuran tidak boleh menggantikan penggunaan berus gigi,ubat gigi dan flos.. hu3
untuk maklumat lanjut di Info Sihat
Itu sahaja buat masa ini ya adik2 untuk cara penjagaan gigi.. hak3 Terima kasih kerana membaca.. ^__^ Jom Jaga Gigi Kita!! kah3
Tuesday, October 20, 2009
Kenapa Kami Di Kecualikan?!
Lepas je aku di kabarkan berita tentang pengecualian pembelian rumah hanya untuk perumahan awam dbkl setapak jaya 1A yang aku duduki sejak aku lahir pada 1989 hingga 2009 yang telah menjangkau 20tahun lamanya, buatkan aku sakit hati! Kenapa mesti kami perumahan awam dbkl setapak jaya 1A sahaja yang di kecualikan? Alasan yang di beri begitu menimbulkan was2.. Petikan dari harian metro On9..
*klik gambar untuk paparan cun*
untuk berita lanjut "Hancur hati tak boleh beli rumah"
Harap pihak pengurusan DBKL segera bagi penjelasan yang tepat bagi perkara ini..
Agak tidak adil jika perumahan awam lain telah di beri borang penjualan kami perumahan awam setapak jaya 1A ini di kecualikan tnpa sebab musabab yang kukuh!
Aku bukan apa geram bila benda macam ni berlaku.. Macam ada "perkara di sebalik takbir" je kan.. haish...! geram weyh!! marah gak nie..
Kalau nak di ikutkan org tua aku paling awal duduk kawasan perumahan nie dekat 20 tahun lebih.. tak akan ini balasannya!
Inilah akibat janji2 manis dari mulut tanpa surat hitam putih.. Dulu katanya setelah 10tahun duduki rumah nie akan menjadi hak milik.. Tapi hampeh!
Janji2 manis dari mulut tidak boleh di pakai lagi ya!
Org berhutang janji nak bayar walaupun RM10 kene gak buat surat hitam putih! hak3
Kata-Kata : Harap benda ni selesai dengan cepat dan dapat perhatian orang yang berkenaan.. Selamat Berjaya dalam Perjuangan untuk penduduk kita! Go Go Pakcik Ramli! ^___^ keh3
Monday, October 19, 2009
Saya Di Cabul!!
Opsst!! Jangan salah sangka.. Tajuk N3 aku kali ni tak ada kene mengena dengan diriku.. Aku hanya ingin bercerita tentang kisah seorang wanita warga indonesia yang telah di cabul..
Gambar pun amik curi2.. hak3
aku terserempak dengan akak ni sewaktu tengah tggu bas rapid T301 yang sgt LEMBAB macam apa je.. Nak maki2 dah tapi dalam hati je.. ho3
Berbalik pada cita akak nie, dia tegur la aku.. ikuti dialog aku dan dia.. ^___^
Akak : Dik lama tggu bas? Nak makan ngak?
Aku : Baru je tggu nie sepatutnya dah smpai.. Tak apa saya dah makan td.. *sambil sedekah senyuman*
Akak : Akak mkn roti saja dik.. hik3 Adik mau kemana?
Aku : Saya nak ke sri rampai.. *senyum lagi*
Akak : Ooooo.. Adik nak tau bahaya tggu di sini sorang2.. Akak ngak berani kalo tak ada org di bustop.. Akak tggu saja di atas kadang2 smpai terlepas bas.. kih3
Aku : Kenapa lak?
Akak : Ya la kat cnie udah ada kes ragut tau dik.. Akak udah kena mau di bawa ke hotel tau!
Aku : Ooooo ye ke? *dlm hati kata sapa suruh ikut* =p
Akak: Orang tu naik motor tau dik, nmpak akak dia panggil mau ajak makan.. Lepas itu dia suruh letak beg di depan la..
Aku : *senyap fokus dgr cita*
Akak : Lepas itu dia bawak akak masuk hotel suruh akak bukak baju seluar suma.. Tak kan la akak tamau bukak kan? Dia cucuk dengan pisau ka apa ka bila akak tamau dgr ckp dia.. Tak ke akak susah nanti..
Aku : *geleng2 pala*
Akak : Dia pikir akak ada simpan itu barang2 kemas di dalam baju agak nya bila cek di dalam beg tak ada apa2..
Aku : Tak repot polis ke?
Akak : Nak repot macam mana dia udah lari lepas 2 3 bulan kenal..
Aku : *saheh balak mana baru kenal tup2 terus caya sapa suruh* dlm hati je.. =p
Akak : Kawasan cnie bahaya la dik, lagi2 adik perempuan dara lagi lain la macam akak udah tua..
Jaga la diri elok2 jgn jadi macam akak..
Aku : *sengeh2 je*
Lebih kurang la gitu dialog aku dengan akak tu..
Giler cepat betol percayakan org baru kita kenal..
Tak kan la org mula2 tegur ajak naik moto, makan terus nak ikut?
Haish.. Tapi entah la aku tak ada di tempat dia kan... Bahaya wooo! Seram gak dengar dia cita..
Dalam pala aku dok pikir betol ke minah nie entah2 kau yang nak ragut aku.. hak3
Zaman sekarangkan sume orang bukan leh caya tak kira la betudung sopan sutun ke..
Tak ada maknanya nak percaya kalo baru2 kenal.. hu3
Nak cakap banyak pun tak boleh.. Sebab setiap individu tu ada sebab tersendiri
kenapa mudah percaya dengan org baru kenal.. Tapi untuk aku sikap berjaga2 tu kena ada..
Walaupun org tu sebenarnya memang berniat baik.. Harap2 benda mcm ni di jauhkan dari diri aku dan keluarga serta kawan2.. ^___^
Thursday, October 15, 2009
LightBox Untuk Blogspot
Inginkan paparan gambar kelihatan lebih menarik sewaktu di view?
Meh nak kenalkan sikit dengan LightBox.. huhuhu..
Dulu aku ada pakai tapi sekejap je dengan galakan dari Chokilala..
Sekarang aku nak aktif balik guna benda ni..
Puas mencari dan mencuba teknik2 lightbox nie..
Ada yang menjadi ada yang tidak.. Ada yang jadi tapi tak sempurna sifatnya..
harharhar.. Last sekali pakai jugak la kod dari website ni Blogger Widgets..
Ada yang senang pakai je la.. kui3
Demo di Bawah sila klik gambar.. ^__^
Web ni ngajor dalam omputih, aku ngajor dalam melayu.. =p
Cara Untuk Pasang :
Masuk ke Blogger Dashboard
Pilih Layout > Edit HTML (jgn lupa tick kotak Expand Widget Templates)
Cari kod </head> kemudian ganti dengan kod kat bawah ni dan save template..
<!--Light Box Code Starts Bloggerplugins.ORG-->
<style>
#lightbox{ position: absolute; left: 0; width: 100%; z-index: 100; text-align: center; line-height: 0;}
#lightbox img{ width: auto; height: auto;}
#lightbox a img{ border: none; }
#outerImageContainer{ position: relative; background-color: #fff; width: 250px; height: 250px; margin: 0 auto; }
#imageContainer{ padding: 10px; }
#loading{ position: absolute; top: 40%; left: 0%; height: 25%; width: 100%; text-align: center; line-height: 0; }
#hoverNav{ position: absolute; top: 0; left: 0; height: 100%; width: 100%; z-index: 10; }
#imageContainer&gt;#hoverNav{ left: 0;}
#hoverNav a{ outline: none;}
#prevLink { left: 0; float: left;}
#nextLink { right: 0; float: right;}
#prevLink:hover, #prevLink:visited:hover { background: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6F_DkiJRlogTLQdQ7TWZsftJ1gzH_5PqcCAIButNGvwMB4fVmPMk4y8IDfGSpkOr97JSjczeuJIXddR_tEbGhsqXub8XtcVDuPf1hvGbAL6drEm-OSQ6fEMPefaEC_d7yUK2mo_OFSLE/) left 15% no-repeat; }
#nextLink:hover, #nextLink:visited:hover { background: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwBGJYd6UPPc_Qqt6Dhkm7BtU93bxLGkyolHM3EmKdF1xQtCxsg_m-CCauChKnTUWtXK5fi5eO5GfyMjXz7r0eoDkn-4n94FDnLhOT03ylZrTh6IrbGCl7u6MnSvOz6EINxpf_Hw4lXhQ/) right 15% no-repeat; }
#imageDataContainer{ font: 10px Verdana, Helvetica, sans-serif; background-color: #fff; margin: 0 auto; line-height: 1.4em; overflow: auto; width: 100% ; }
#imageData{ padding:0 10px; color: #666; }
#imageData #imageDetails{ width: 70%; float: left; text-align: left; }
#imageData #caption{ font-weight: bold; }
#imageData #numberDisplay{ display: block; clear: left; padding-bottom: 1.0em; }
#imageData #bottomNavClose{ width: 66px; float: right; padding-bottom: 0.7em; outline: none;}
#overlay{ position: absolute; top: 0; left: 0; z-index: 90; width: 100%; height: 500px; background-color: #000; }
round-color: #000; }
lute; top: 0; left: 0; z-index: 90; width: 100%; height: 500px; background-color: #000; }
round-color: #000; }
</style>
<script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/prototype/1.6.0.2/prototype.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://files.bloggerplugins.org/lbox/js/scriptaculous.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/lightbox.js' type='text/javascript'/>
<!--Light Box Code Ends Bloggerplugins.ORG-->
</head>
Cara Untuk Guna :
Posting > Edit Post
Tukar kod onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}"
dengan rel="lightbox" title="tajuk gambar" atau rel="lightbox[happy]" title="tajuk gambar" untuk menjadi galeri gambar..
Pastikan buang -h di hujung s1600-h
Ok! Siap untuk di gunakan.. Senang je pun.. ^___^
Credit to : Blogger Widgets
Tuesday, October 13, 2009
Buat Shotcut Aplikasi Pilihan
Nak share satu sofware yang mungkin dapat memudahkan korang..
Buat shotcut aplikasi yang korang ada..
Mungkin jugak ada yang rasa melecehkan..
Terpulang pada individu tu sendiri..
Kalau nak leh sedut ada sediakan link dia.. ^___^
Boleh gak tengok screen shot software ni..
klik gambar untuk paparan mengancam!
Link: HotKeyz
Wednesday, October 7, 2009
Tiada yang "luar biasa"..
Photobucket
Cara cakap bersungguh-sungguh.. Tapi bukti tak ada..
Macam mana nak percaya.. Bukan hati tak terusik dengan kesungguhan..
Hanya kesungguhan dari kata-kata sapa yang nak percaya..
Pelik memang pelik.. Nak cakap tak terluah..
Risau la kot ada hati terasa ke kan..
Manusia kalo hati dah terluka dari mulut je ok dalam hati Tuhan je yang tau..
Bukan nak berkias-kias tapi entahlah..
Klu sudah di bagi bukan nya tidak itu pun tak dapat tangkap..
Alih-alih ulang perkara yang sama..
Membosankan! Merimaskan!
Menimbulkan kemarahan je nanti mula la pikir bukan-bukan..
Nak je menjerit bagi tau apa yang di maksudkan!
Tapi tak mampu nak buat sebab BELUM BERSEDIA..
ermmm..
Apa salahnya buktikan apa yang di katakan..
Mana lah tau, dapat merubah jawapan yang biasa menjadi "luar biasa"..
Tolonglah paham apa yang ingin di sampaikan..
Jika tidak, tiada yang "luar biasa" jawapan akan di terima..
Sampai bila-bila.......
Saturday, October 3, 2009
SMS Pilihan Semasa Hari Raya
  1. Ayah Masak Lemang Dengan Ketupat,
    Mak Buzy Buat Kuih Tart,
    Kad Raya Nak Hantar Dah Terlambat,
    SMS Lagi Jimat, Posmen Pun Tak Penat!
    SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN..
  2. SELAMAT HARI RAYA Pembuka Sapa,
    Maaf Coz Ucap Awal Pula,
    Bukan Excited Atau Teruja,
    Cume Dah Agak Nanti 'LINE' Mesti Buzy Punya
    Maaf Zahir & Batin..
  3. Walau Langkah Tak Bertemu,
    Tangan Tak Berjabat,
    Ucap Tak Terdengar Mata Tak Bertentang,
    Mohon Maaf Segala Kekhilafan Kerana Ada Tikanya,
    Mata Silap Memandang Telinga Salah Mendengar,
    Lidah Terlanjur Kta-kata & Hati Tersalah Menduga.
    Minal Aidil Walfaizin..
  4. Rumah Di Hias Bagai Di Hari Raya,
    Jari ku Susun Maaf ku Pinta,
    SMS ku Hantar Pengganti Kad Raya,
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..
  5. Katak Kenyang Lalu Tertidur,
    Gajah Pitam Lantas Terjatuh,
    Andai Tak Sampai Tangan Menghulur,
    Ku Pohon Keampunan Dari Jauh.
    Salam Aidilfitri..
  6. Pejam Celik Pejam Celik Dah Lama Tak Jumpa,
    Pejam Celik Dah 29 Hari Puasa,
    Makin Di Pejam Celik, Makin Banyak Salah & Dosa,
    Sementara Masih Celik,
    Banyak2Lah Buat Pahala,
    Sebelum Pejam Tak Celik2,
    Harap Maaf Jika Tersalah Kata.
    Selamat Hari Raya..
  7. Cahaya Pelita Berkelip Bercahaya,
    Rumah Di Hias Nampak Berseri,
    SMS Di Hantar Pengganti Diri,
    Tanda Ingatan Di Aidilfitri.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..
  8. Bila Raya Line Buzy Gila,
    Masa Tu Nak Maki Pun Tak Guna,
    Maxis, Celcom, Digi Semuanya Sama,
    Orang Bijak Tak Payah Tunggu Raya,
    Ucap Sekarang Pun Boleh Apa!
    Selamat Hari Raya!
  9. Buah Laici Buah Strawberi,
    Dicuri Pulak Si Labu Labi,
    Salah Silap Please Forgive Me,
    Bermaafan Kita Di Aidilfitri..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri..
  10. Cenggitu Cenggini awak suka,
    Awak Suka Kita Tak Suka,
    Esok Lusa Hari Raya,
    Sama-samalah Kita Bersuka Ria..
    Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..
  11. Rock is Batu,
    Papan is Wood,
    I Nak Kasi Tahu u,
    I Nak Angpau Satu..
    Oren is Not Duku,
    Pink is Not Ungu,
    I Nak u Tahu,
    I Dah Selalu Maafkan u..
    Hepi Raya Day! Sory Zahir & Batin..
Ada lagi tambahan tak? Korang mesti banyak dapat SMS raya kan?
Meh share2 kot2 ada yang lagi best ke kan.. huhuhuh.. ^___^