Sunday, January 10, 2010

Anugerah Juara Lagu Ke-24



Tepat jam 9mlm 10Jan2010 secara langsung di tv3 ANUGERAH JUARA LAGU KE-24 bakal menggegarkan industri muzik sekali lagi.. hu3 mcm tahun2 lepas kumpulan indie memegang gelaran Juara mcm mana kali nie? ha3 finalis2 kali nie bukan calang2.. dan yang pasti! kumpulan indie bakal menguasai pentas AJL ke-24 nie.. Tapi yang penting kita kene tau AJL adalah salah satu platform untuk para komposer tanah air kita berentap memperjuangkan lagu2 yg di cipta dan di gubah.. Bukan semata2 untuk mengangkat KEpopularan artis2.. hu3 tapi tanpa artis juga, lagu2 tersebut tak mampu diperkenalkan..

Siapakah para finalis ANUGERAH JUARA LAGU KE-24?

Faizal Tahir - Bercinta
(Komposer : Audi Mok Lirik : Faizal Tahir)

Black - Aku Rindu Sayang Kamu
(Komposer & Lirik : Yuzai)

Stacy - Pakai Buang
(Komposer & Lirik : Edry KRU)

ALya - Tak Mungkin Kerna Sayang
(Komposer : Ajai Lirik : Habsah Hassan)

Bunkface - Situasi
(Komposer & Lirik : Bunkface)

Aizat - Kau Aku
(Komposer & Lirik : Aizat)

Aizat - Pergi
(Komposer : Pete Teo Lirik : Amran Omar)

Akim - Bengang
(Komposer : Amir Lirik : Sheikh Qalam)

Hujan - Aku Skandal
(Komposer & Lirik : Noh Hujan)

Hafiz - Masih Jelas
(Komposer : Aidit Alfian Lirik : Ad Samad)

Misha Omar - Cinta Adam Dan Hawa
(Komposer : Azmer Lirik : Loloq)

Estranged - Aurora
(Komposer & Lirik : Estranged)

Tomok - Rindu Terhenti
(Komposer : Aubrey Suwito Lirik : Sam Tinta)

Yuna - Dan Sebenarnya
(Komposer & Lirik : Yuna)

Aku nak menekankan kat sini yang Muzik Indie bakal menjuarai sekali lagi AJL musim kali nie! tak caya? ha3 kita tunggu dan lihat! ho3 GO Go Estranged Go! kui3

UPDATE!!
PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-24

Juara AJL24 (RM 35k & Trofi)
Aizat - Pergi
(Komposer : Pete Teo Lirik : Amran Omar)

Naib Juara AJL24 (RM 15k & Trofi) *yeyy!! ha3 indie go indie!*
Yuna - Dan Sebenarnya
(Komposer & Lirik : Yuna)

Tempat Ke-3 AJL24 (RM 12k & Trofi)
Faizal Tahir - Bercinta
(Komposer : Audi Mok Lirik : Faizal Tahir)

Persembahan Terbaik AJL24 (RM 10k & Trofi)
Aizat - Kau Aku

Vokal Terbaik AJL24 (RM 10k & Trofi)
Black - Aku Rindu Sayang Kamu

Monday, December 28, 2009

Gerhana Bulan 1Jan2010



Pada tahun baru 1jan2010/15 Muharam 1431H nanti akan terjadinya satu gerhana bulan pada jam 1.17pg.. aku tak sabar nak tggu gerhana bulan nie sebab masa aku sekolah dulu, abah aku kejut pagi2 suruh tgk bulan sakit kata nya (gerhana bulan).. mula la abah aku becerita yang pokok2 binatang2 semua bangon jugak buat sembahyang sunat gerhana bulan.. abah aku cakap sepatut nya gerhana bulan nie jadi semua orang kene tgk.. bukan senang nak tgk kejadian alam mcm nie..

Solat sunat gerhana jugak di kenali dengan solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf yang di dirikan sewaktu terjadinya gerhana bulan @ matahari..

Solat sunat gerhana di SUNAT kan untuk berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya as-Solatu Jaami’ah!!

Juga di sunatkan mandi solat gerhana seperti mandi solat jumaat..

Niat Solat Sunat Gerhana Bulan :

Imam - Sahaja aku solat sunat khusuf/gerhana bulan dua rakaat Imam kerana Allah Taala.

Makmum - Sahaja aku solat sunat khusuf/gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Seorang - Sahaja aku solat sunat khusuf/gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Khutbah Solat Gerhana - Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: "Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana"
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


Masjid Negara juga ada buat solat sunat gerhana bulan jam 2.30-3.30pg..*klik gmbar utk jelas*

jom kita lihat kejadian Allah SWT yang begitu indah untuk kita semua..
InsyaAllah aku akan update dengan video gerhana bulan nie nanti.. ^___^
agknya 19tahun akan dtg aku hidup lagi ke untuk lihat Gerhana Bulan ni? hu3


untuk maklumat lebih lanjut mengenai gerhana bulan nie boleh lawati
Planetarium Negara

Sunday, December 27, 2009

Kesedihan Tsunami



pada 26 disember 2004 yang lalu terjadi nya satu bencana yang begitu ngeri buat kita seorang manusia iaitu Tsunami.. tapi di sebalik bencana tu terutama yg beragama Islam perlu mengambil ikhtibar terjadi nya bencana Tsunami.. Negara Malaysia yang konon nya terhalang dari sebarang bencana mula menunjuk kan bahawa tu semua hanya untuk sementara.. apabila tempias dari bencana Tsunami menimpa Penang, Kedah, Perak dan Selangor yang mengorbankan 68 nyawa.. Tsunami terjadi apabila gegeran sebesar 9.0 skala richter di bawah laut berpusat di Sumatra Indonesia..










antara video2 bencana tsunami..

Malaysia, Pulau Pinang..






Kini sudah 5thn berlalu tapi masih tetap segar di ingatan kita semua.. AL-Fatihah kepada yang terkorban (beragama Islam)...

Thursday, December 17, 2009

Awal Muharam 1431H


Selamat Menyambut Awal Muharam 1431H bersamaan 18 Dis 2009..
Bermula lagi tahun baru untuk umat islam seluruh dunia..
Azam yang lalu sudah tercapai ke? Yang belum tu bawak la ke tahun baru nie..
Semoga azam yang tak tercapai tu akan tercapai pada tahun baru yg akan menjengah kita hanya beberapa jam je lagi (aku taip N3 nie 1.06pm)..
Untuk kalender islam hari nya bersempadan pada waktu magrib..
Jadi sebelum tibanya waktu magrib sama2 la berdoa akhir tahun selepas masuk waktu asar (di hujung2 akhirnya waktu asar)..
Setelah tibanya waktu magrib nanti, doa awal tahun pula..





Antara tarikh2 penting dalam islam.. (klik untuk lebih jelas)

Semoga kita perolehi RahmatNYA.. InsyaAllah.. ^____^

Friday, December 4, 2009

aksi terlampau, aksi hot, aksi yang mengasyikan la!

hu3 lama tak update.. tak tau nak update apa weyh..
tadi terlintas baik punya topik untuk N3 terbaru..
tapi terpesong pulak ke tempat lain..
jumpa pulak aksi terlampau lagi hot fasha sandha kucing2 yg kiut lagi miut! ho3 apa lagi jujum layan!
apsal teruk bebenor tajuk N3 tu tah.. nak bermain2 dgn SEO kot! hak3
selalu sgt dengar sekarang nie pasal SEO kan.. =p





































credit to : http://www.cybersalt.org/