Monday, December 28, 2009

Gerhana Bulan 1Jan2010



Pada tahun baru 1jan2010/15 Muharam 1431H nanti akan terjadinya satu gerhana bulan pada jam 1.17pg.. aku tak sabar nak tggu gerhana bulan nie sebab masa aku sekolah dulu, abah aku kejut pagi2 suruh tgk bulan sakit kata nya (gerhana bulan).. mula la abah aku becerita yang pokok2 binatang2 semua bangon jugak buat sembahyang sunat gerhana bulan.. abah aku cakap sepatut nya gerhana bulan nie jadi semua orang kene tgk.. bukan senang nak tgk kejadian alam mcm nie..

Solat sunat gerhana jugak di kenali dengan solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf yang di dirikan sewaktu terjadinya gerhana bulan @ matahari..

Solat sunat gerhana di SUNAT kan untuk berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya as-Solatu Jaami’ah!!

Juga di sunatkan mandi solat gerhana seperti mandi solat jumaat..

Niat Solat Sunat Gerhana Bulan :

Imam - Sahaja aku solat sunat khusuf/gerhana bulan dua rakaat Imam kerana Allah Taala.

Makmum - Sahaja aku solat sunat khusuf/gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Seorang - Sahaja aku solat sunat khusuf/gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Khutbah Solat Gerhana - Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: "Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana"
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


Masjid Negara juga ada buat solat sunat gerhana bulan jam 2.30-3.30pg..*klik gmbar utk jelas*

jom kita lihat kejadian Allah SWT yang begitu indah untuk kita semua..
InsyaAllah aku akan update dengan video gerhana bulan nie nanti.. ^___^
agknya 19tahun akan dtg aku hidup lagi ke untuk lihat Gerhana Bulan ni? hu3


untuk maklumat lebih lanjut mengenai gerhana bulan nie boleh lawati
Planetarium Negara

6 comments:

husni said...

mintak2 ar kat tmpat aku nampak..dah banyak kali try nak tgk tapi xde peluang nak tgk gerhana..hohoh0

Encik Luth Textile said...

aku slalu tgk gerhana ni.. tp tak pernah nak buat solat sunat..

x-po said...

aku xpenah lg tgk gerhana secara live..huhu

MrRollies said...

waaa bestnyer...x pernah tengok lagi :D

cik bulat said...

byk kali jgk dpt tgk tp dh lma...
arap2 kalini dpt tgklg..;)

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus