As'salamualaikum dan Salam sejahtera semuaa......
bertempat di stesen LRT STAR Titiwangsa pada 30 April 2011 jam 1.00pm.......
aku, sheila (kawan aku), safwan (anak sedara) dengan kak afnie (@afnie_lan) bergegas beli tiket LRT STAR untuk ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 selepas ditumpangkan oleh abang wan (@katakbiru)...
tiba di stesen LRT STAR PWTC pada 30 April 2011 jam 1.30pm........
kami berempat terus berlari-lari anak menuju PWTC untuk berperang dalam medan Pesta Buku..
tiba di PWTC KL pada 30 April 2011 jam 1.45pm........
aku sampai je dah tengok RAMAI GILERWWW orang! dengan kekuatan tak tidur malam dengan tak makan apa-apa dari pagi, aku pun SERANGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!
tiba di Tingkat 1 PWTC KL pada 30 April 2011 jam 2.00pm-4.15pm........
ronda-ronda nak masuk je dalam dah macam ikan sardin kena lenyek-lenyek dalam tin! dengan sepenuh tenaga tak makan dari pagi aku merempuh tak kira! janji aku dapat novel yang aku nak dengan harga murah!! HAHAHAHA *gelak cekak pinggang* korang tengok jelah berapa ramai semut-semut berkerumun! semua BUKU punya pasal!
tiba di Tingkat 2 PWTC KL pada 30 April 2011 jam 2.00pm-4.15pm........
jalan jalan dan jalan misi untuk mencari buku Huru Hara Hari Kiamat, Pecah dan Booth Alaf21! yang berjaya jumpa adalah buku Pecah dan Booth MOY untuk anak sedara aku tu.. Gempak Starz pon ada tapi............
tiba di Tingkat 3 PWTC KL pada 30 April 2011 jam 2.00pm-4.15pm........
buku-buku Universiti jewwww... patut pun tak ramai orang.. LOL
tiba di Tingkat 1 PWTC KL pada 30 April 2011 jam 2.00pm-4.15pm........
turun semula untuk kali ke-2 untuk misi mencari Booth Alaf21 dan bermulalah lagi sesi BERTEMPUR!! tapiii....!! BERBALOI-BALOI! sebab.......
rupanya Booth Alaf21 berada di luar dewan iaitu di dalam area Karangkraf puas bertawaf berkali-kali bertanya cuma salah laluan je.. haish.. aku rembat 4 novel, sheila 3 novel, kak afnie beli buku masakan.. HAHAHA nak belajar masak letew! :P
lepas tu gerak balikk.. pergi makan.. yang tu tak perlu cerita.. dah habis... papai... *lambai*