Monday, April 18, 2011

Ceritera Ku Cameron Highland

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Ni adalah update seterusnya selepas trip ke Cameron Highland (CH) kami-kami berjaya pada Sabtu lepas!! Alhamdulillah.. DIA melancarkan segalanya.. ^_^


Bermulanya kisah untuk trip ini bermula dengan @mohd_fakhri (pakeri) yang bergerak dari Seremban ---> Kuala Lumpur (tempat berkumpul). Selepas tu @abeannahl (annahl) & @paanjr (paan) dari Shah Alam ---> Kuala Lumpur (tempat berkumpul). Lepas je mereka-mereka ni sampai, terus lepak Mamak CM kat Sri Rampai ni untuk isi perut yang kelaparan. Dah makan, perut kekenyangan paan macam biasa mengantuk dan bermulalah sesi membuncitkan perut oleh paan. pakeri & annahl elek lagi boleh stay tahan mata sebab kena pergi amik kereta sewa kat Taman Permata. Pukul1.00am aku, annahl & pakeri gerak ke rumah @katakbiru (abang wan) nak amik dia untuk sesi menguruskan kereta sewa. Dalam 1.30am kereta yang disewa dah berjaya dicuri oleh abang wan dan bawa balik rumah dia dulu nanti akan amik kita orang kat Sri Rampai dan Gombak. Pada jam 3.30am abang wan amik aku, annahl, paan ngan pakeri kat Sri Rampai lepas tu terus drift ke Gombak amik @afnie_lan (kak afnie) pulak. Dengan ini bermulalah perjalanan kami-kami ke CH. YEYYY!! \^_^/ *jogetjoget*


Kereta sewa pilihan ada Toyota Unser bukan angsa tapi kalau cakap dengan orang kampung "pergi naik unser ni.. eh, kau naik angsa ramai-ramai pancit angsa tu! kuat pulak dia nak bawak korang" huhuhu.. Tu dialog pakeri time tunggu abang wan amik. hahaha... Ikutkan plan pukul 3.00am gerak dah tapi abang wan boleh terlena, aku pulak punya la kol dia banyak kali tak berangkat pon lepas tu aku dengan lain-lain buat la spekulasi sendiri. Sebab kol si kak afnie pon tak angkat! bajet depa dua orang nie berendek la dulu kejap baru amik kita orang kat Sri Rampai ni. hahahahaha Rupa-rupanya abang wan terlajak tidur hp pulak tak keluar bunyi (woi campak je dalam lombong hp tu!) kahkahkah.. Lepas je dia sampai terus bergegas tak ingat punya drift si abang wan ni nak cepat.. T_T risau dah aku.. wuwuwuu

Dalam kereta aku dengan lain-lain memang dah pakat depan sebelah driver kak afnie punya seat jangan sesiapa kacau. hahaha aku dengan pakeri duduk line belakang sekali, annahl & paan duduk line tengah. Memang sedap je duduk line tengah kalau tak, tak kan la si annahl tu boleh berdengkor waktu tidur! aku melalak kat belakang pun dia elek je lena. aku melalak si paan boleh terjaga sekali dengan pakeri pon terjaga tau! KAHKAHKAH.. duduk belakang tu memang langsung tak dapat nak lena dia punya ENJUTAN melantun-lantun! sampai perut aku ni bergelodak! mintak muntahkan segala apa isi yang ada mujur aku tak melantak time dorang melantak kalau tak..... PADAN MUKA korang bau PERFUME wangi gila dalam kereta. HAHAHA..


hensemnyewwww.....~~

Sepanjang perjalanan memang aku tak lelap langsung kalau lelap pun ala-ala tidur ayam. Memang tak boleh nak tidur sebab jalan dia dah belok-belok, bengkang-bengkok, berular-ular apa lagi? T_T terseksa ohh perut aku menahan gelodak nak muntah. Sabar jelah.... Disebabkan derita menahan gelodak perut ni mulut aku memang tak senyap melalak nyanyi sorang-sorang salahkan sinar.fm play lagu sedap-sedap time tu yee korang lagi-lagi lagu si Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan tu pehh!.. huhuhu.. dah lepas je sampai CH ada polis buat roadblock maka annahl lah paling cuak padahal dia duduk belakang kalot tarik-tarik tali pinggang, (bayangkan annahl tengah kalot) pilot & co-pilot dah sememang tak pakai slumber badak jelah mentang-mentang berdarah polis berlagak yee.. huhuhu dah polis buat roadblock tu, sopan la berhenti dorang cek-cek tengok-tengok suluh-suluh dan kak afnie pun berkata "kami nak balik kampung jumpa mak abah nie encik".. Dengan baik hati polis tu pun "ok, jalanlah jangan lupa kirim salam mak abah yee.." hahahaha..



Tu baru stage pertama sebelum naik ke atas untuk aktiviti pertama iaitu tengok matahari terbit. Tepat jam 6.30am kami sampai di Masjid Kayangan Brinchang untuk bersolat subuh sebentar dan basuh-basuh muka sah-sah tak mandi sebab SEJUK GILA! =..= bbbrrrrrrr....~~ Lepas je selesai semua kesegaran mula terlihat di wajah masing-masing untuk memulakan aktiviti.. Apa aktiviti tu boleh melawat blog pakeri untuk selanjutnya.. ^_^

Permulaan Cerita:
afnie > CAMERON HIGHLANDS : BILA CIK BEDAH DAN PAK ABU BERSIDAI
yash > Trip ke Cameron Highland - Sebelum
yash > Ceritera Ku Cameron Highland
pakeri > Cinta Ku Tertinggal di Cameron Highland
paan > Antara #TweetUp, Kobis dan Cameron Highlands

Friday, April 15, 2011

Trip ke Cameron Highland - Sebelum

As'salamualaikum dan salam sejahtera..



InsyaAllah apa yang kami rancang akan berjalan dengan lancar, aku memohon kepadaNYA.. Seawal jam 3.00pagi sabtu nanti kami-kami ini akan bergerak ke Cameron Highland untuk aktiviti bulan April.. Harap segalanya mengikut perancangan yang dah dibincangkan dalam meeting kami.. huhuhu.. KAU berkati lah perjalanan kami YA ALLAH... aminn...



Nota: Doakan kami ya!! ^_^