Saturday, August 21, 2010

Keunikan & Keanehan Kejadian Manusia - Part 2



Salam 12Ramadhan untuk hari nie.. Selamat menjalankan ibadah puasa dengan jayanya insyaAllah bagi umat Islam.. ^__^ kiranya kita hari nie dah masuk fasa ke-2 dalam berpuasa..
Macam mana keadaan? Okay ke KO? Ehh! Mana boleh KO kan? Orang Islam yang dah memang sedia Islam lepas je lahir, takkan ada masalah nak berpuasa kan? Malu la sikit pada mereka yang baru saje peluk agama Islam, dorang pun mampu bertahan untuk berpuasa.. ^__^ ini kata-kata aluan je.. hehehehehe okay teruskan pada tajuk entry nie..

Sebelum nie aku dah karang 1 entry berkaitan Keunikan & Keanehan Kejadian Manusia - Part1 bagi yang belum baca, sila baca dulu part1 tu baru continue part2.. Baru la sedap sikit "makanan" yang nak kita "makan" tu kan? huhuhuhu.. kalau tak nanti macam tak cukup "perencah" je... :P

Sewaktu Allah SWT ingin menjadikan tubuh Adam a.s, Allah telah mencampurkan air tawar+masin+hanyir beserta api dan angin.. Seterusnya Allah meresapkan Nur (cahaya) ke dalam tubuhnya Adam dengan bermacam-macam "sifat".. Kemudian tubuh Adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut.. Tanah tu kemudiannya dicampurkan dengan wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyyah" dan dibenamkan dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalal dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.. Bagaimanapun waktu kejadian manusia tidak disebut berapa lama seperti dalam Al-Quran :
"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut.." (Surah al-Insan: 1)
Tetapi menurut keterangan para ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120tahun, 40tahun di tanah kering, 40tahun di tanah basah dan 40tahun di tanah hitam&berbau.. Dari situ, Allah mengubah rupa Adam dengan kemuliaan dan tertutup dari rupa hakikatnya.. Disebabkan proses kejadian Adam bermula di peringkat "kotor", maka tidak hairan Malaikat dan Iblis memandang rendah kepada kejadian manusia yang tercipta dari tanah..

Setelah itu, Allah memerintahkan roh agar memasuki tubuh Adam tetapi seperti makhluk lain, roh juga enggan, malas kerana jasad yang seperti batu itu.. Roh hanya berlegar-legar mengelilingi Adam sambil disaksikan malaikat.. Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Izrail memaksa roh agar masuk ke dalam tubuh Adam.. Roh masuk secara perlahan-lahan bermula dari kepala Adam yang mengambil masa selama 200tahun.. Setelah roh meresap ke dalam kepala Adam, maka berfungsilah otak dan tersusun segala urat saraf dengan sempurna.. Lalu, terjadilah mata dan terus terbuka melihat malaikat sekelilingnya.. Telinga pula berfungsi dan didengarnya kalimah tasbih para malaikat.. Setibanya roh ke hidung, Adam pun bersin dan mulutnya terbuka serta Allah mengajarnya kalimah "Alhamdulillah" yang merupakan kalimah pertama diucapkan Adam, manusia pertama..

Selepas itu, roh tiba di dada Adam dan ia berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu.. Ketika itulah ditunjukan sifat manusia yang terburu-buru.. Kemudian, roh sampai di perut maka organ dalam dan perut tersusun dengan sempurna dan pada saat itu Adam mula berasakan lapar.. Akhirnya, roh meresap keseluruh tubuh Adam, tangan dan kaki berfungsi dengan sempurna.. Segala darah daging, urat saraf dan kulit pun terjadilah dengan sempurnanya..

Dengan ini sempurnalah kejadian manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iaitu Adam yang digelarkan "Abul Basyar" bermaksud Bapa Manusia..