Monday, February 21, 2011

Berkelah di Sungai Gabai - Selepas

As'salamualaikum & Salam Sejahtera..



Waktu yang dijanjikan telah tiba (19 Feb 2011) hari untuk berkelah di SUNGAI GABAI dengan kengkawan blogger + twitter!! huhuhu.. antara yang menghadirkan diri adalah @afnie_lan @paanjr @nama_sy_pakeri @annahlashri @ohdawie @anarmnet @surayasagi @sukasup @zuwaulfa dan aku sendiri!! @yashygsempoi (^_^)")

Aku, afnie, paan dan pakeri bergerak dari rumah aku kat sri rampai, setapak seawal jam 8am.. tunggu pakeri sampai dari seremban kesian dia kena gerak pepagi lepas subuh untuk ke rumah aku supaya nanti tak susah nak ke Gabai.. huhuhu Wan(sukasup) dengan wawa(zuwaulfa) bergerak dengan 1 kereta dari bangi, annahl, anarm dan sue bergerak 1 kereta dari bangi juga tapi dorang SESAT! aku, afnie, paan dan pakeri dah sampai kat Gabai dulu dalam pukul 9am.. huhuhu

Bila aku sampai je sana pehh!! bau bau air sungai dah menusuk hidung dowh!! kulitkulit ni dah terasa sejuk air sungai! hahahaha teruja!! ingatkan nak naik ke atas tempat air terjun dia biasabiasa je sekali nah kau.. T_T tinggi dowh! dah mcm tangga batu caves! HAHAHA aku benti 2 3 kali kot! dengan bawak barangbarang banyak gila! kak afnie pon pancit, paan pun pakeri lagi lah tapi paan dengan pakeri gila gagah sebab sanggup turun balik nak beli air.. (tukang bawak air sesat LOL)

Dalam pukul 10am lebih wan dengan wawa sampai pelik sebab annahl, anarm, sue tak ada sekali padahal dorang ni gerak satu jalan entah macam mana boleh berpecah.. kuikui annahl bawak anarm, sue sampai nak ke jelebu! HAHAHA terpaksa dorang patah balik alhamdulillah sampai jugak dalam pukul 11am lebih macam tu.. tapi masingmasing dah pancit terpaksa parking jauh dengan bawak air lagi.. patut pon dah macam orang perlu CPR ko annahl!! kehkehkeh.. :P

malas nak cerita banyak macam tak best! tengok gambar je la ek! huhuhuhu...


Pakeri, aku, afnie




Afnie, nak panjat tangga pun sempat twit.. Memang pentwitter TEGAR!! :P


berhenti berehat sebentar penat weyh!!



akhirnya sampai ke tempat best.. pakeri kepenatan terbongkang! hahaha


bukti kami terawal dan berusaha menghidupkan api supaya dapat buat BBQ! hohoho (dawie pun awal tp dia amik gambar :P)



dan akhirnya wan dan wawa pun sampai dorang amik turn bakar kita orang lompat dalam sungai!! :P (ehemehem!!)







Last sekali bergambar beramai-ramai di depan pintu masuk Gabai.. Terima Kasih korang yang join!! ^__^

Senarai VVVVVIP yang Join Berkelah :

AfnieLan : http://afnielan.blogspot.com/

Paan : http://www.paanjr.com/

Pakeri : http://pakeri.com/blog/

Dawie : http://fixnetworks.com.my/

Annahl : http://mrlebah.blogspot.com/

Anarm : http://anarm.net/blog/

Sue : http://sagitaurus.com/blog/

Wan : http://suplover.com

Wawa : http://www.facebook.com/PublicJamban

Nota : Tobat taknak naik Gabai dah kalau nak pergi Gabai pun nak main kat bawah je.. :P

Wednesday, February 16, 2011

Berkelah di Sungai Gabai - Sebelum

Photobucket



Nota: Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.. InsyaAllah.. Amin..

Thursday, February 10, 2011

Pesta Belon Panas di Putrajaya 17-20 Mac 2011

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Update kali ni aku nak promosikan sikit berkaitan pesta yang akan berlangsung dalam Malaysia ni.. Pesta apa? Pesta Belon Panas beb!! TERINGIN!!! dekat Putrajaya bermula 17 hingga 20 Mac 2011 ni.. Ini kira kali ke-3 pesta belon panas ni wujud.. Kali ke-3 ni la aku baru tau?? sedih!! tak pernah amik tau leteww.. Teruja gila! Nak pergi nak pergi!! Ada sesiapa nak teman?? T__T



Waktu ni la dapat jumpa belon gedabak besau-besau dengan macam-macam rupa bentuk! sah-sah aku dapat jumpa belon panas rupa darth vader, star wars punya karakter tu.. wuwuu nak nak nak! nak tengok depan-depan.. tak mau la tengok dekat OMG je.. tak PUASS! huhuhu

Banyak weyh nanti belon-belon ni akan terlepas.. ada dalam 23 penyertaan dari seluruh dunia wooo! mat-mat salleh punya belon panas ni.. Malaysia belum lagi ada.. uhukhuk! boleh tengok kat sini senarai-senarai belon yang bakal terbang di angkasa, nama-nama belon tu dan empunya belon tu.. huhuhu Balloonist Profile

Dalam pesta ni pihak penganjur ada menyediakan 5 belon panas untuk pengunjung naik untuk merasa berada di awang-awangan hahaha.. masa tahun lepas dia letak 2 je untuk pengunjung.. haaa kali ni lebih! huhuhu.. harga Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5
boleh rujuk sini Side Events



Ini adalah peta untuk para pengunjung bila datang nanti.. Klik la untuk lebih jelas.. nak senang macam-macam maklumat pasal pesta belon panas ni boleh tengok kat website 3rd Putrajaya International hot air ballon

Nota : NAK PERGI!!! Jom laaa Jom laaa!! T_T

Monday, January 31, 2011

Kerajaan TOLONG Bantu Pelajar di MESIR SEGERA!!

As'salamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Pagi tadi bangun je tidur, on twitter terus tersebar pasal kemelut yang melanda pelajar-pelajar di MESIR.. Aku yang kat sini pun tak senang duduk risau.. Terus bergegas ke CC online untuk baca pasal kes tu.. Ya Allah.. #sentap terus bila baca kesian mereka yang berada di sana.. Rakyat kita! Malaysia! Bila baca blog-blog yang dikenal pasti berkaitan kes tu, belum ada apa-apa tindakan dari Kerajaan Malaysia buat masa nie! Berita-berita kat tv, akhbar, radio kenapa tak PERIHATIN dengan benda serius macam nie??!! SERIUS tau tak?! Pelajar kita kat Mesir ramai! Bukan seorang dua tapi beratus! mungkin beribu! Dengan kuasa blog aku yang tak seberapa nie.. Aku menyebarkan kemelut yang melanda MESIR sekarang! Kita sama-sama mendoakan rakyat Malaysia yang berada di sana selamat semuanya dan dapat pulang ke Malaysia! InsyaAllah.. Allah akan sentiasa di sisi KITA SEMUA.. Amin.. T_T

Antara blog-blog berkaitan kes nie :

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita - Live Update keadaan di Mesir

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak - Ariffshah

Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir - Kujie2

Keadaan Rakyat Malaysia di Mesir - Yanmieonline

PLEASE SUPPORT US!
- FanPage Facebook






Update : Pihak akhbar Berita Harian ada mengeluarkan artikel berkaitan hal nie.. boleh rujuk di link nie.. Tinggalkan Sementara Mesir

bab nie aku tak akan teragak untuk update..!

Monday, January 17, 2011

Masalah Sembelit Menimpa Diri

As'salamualaikum dan salam sejahtera kalian..

Berdirinya saya di sini ingin bercerita tentang hujah saya berkenaan SEMBELIT! Ada sesiapa dikalangan kalian semua tahu apa itu SEMBELIT? Boleh berkongsi dengan saya di ruang komen.. KAHKAHKAH

Ini lagi mimpi ke berapa entah aku boleh merajinkan diri menaip entry kat blog yang tak berapa nak lawa ni.. Taip entry berkaitan SEMBELIT pula tu! hahaha Apa? ingat aku sengaja ke nak berkongsi cerita pasal SEMBELIT ni? Ada motif la! MOTIF! Nak tau apa MOTIF dia? Senang je.. Nak korang semua rasa SEMBELIT macam aku rasa!! wakakakah

Hari tuh tah macam mana aku tak buang air besar (berak) sehari, sekali hamikk kau berhari aku tak dapat nak membuangkan air besar aku ini.. Serius seksa! Bila aku menTWITkan di twitter berkenaan SEMBELIT aku, mulalah ada yang memberi cadangan supaya makan pisang lah betik lah minum air banyak-banyak lah.. huhuhu

Okay sekarang ni meh kita kaji serba sedikit berkenaan SEMBELIT di sini..

Apakah maksud SEMBELIT ni?
  • Maksud SEMBELIT di sini INGAT! di sini maknanya di blog aku.. hahaha Kesusahan untuk memBERAKkan tahi yang terkumpul di dalam usus perut ni.. :P
Macam mana SEMBELIT ni boleh jadi?
  • Dari cerita aku pun korang dah tau macam mana dia jadi.. Sebab tak berak sehari hamik SEMBELITlah kau! hahahaha..
Cara untuk mengatasi masalah SEMBELIT?
  • Cara aku mudah.. Kau bangun pagi amik air suam minum kumur-kumur telan! Lepas tu pergilah sarapan.. Kejap-kejap lagi kau berak lah.. kahkahkah

Cukuplah main-main.. Aku nak serius sikit! HAHAHA ini dari kajian GOOGLE berkenaan SEMBELIT..

Apakah maksud SEMBELIT ni?
  • SEMBELIT ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar dan kesukaran untuk membuang najis. SEMBELIT ini merupakan gejala dan bukannya penyakit. Setiap orang pasti akan mengalami masalah SEMBELIT ini akibat dari pengambilan makanan yang tidak baik.
Macam mana SEMBELIT ni boleh jadi?
Kebiasaan gejala-gejala SEMBELIT seperti berikut tetapi setiap orang akan mengalami gejala yang berlainan.
  • Tidak membuang air besar beberapa hari atau membuang najis keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan. (aku macam tak je)
  • Gigi mengetap, kaki bersilang, punggung dikepit bersama, muka jadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk mengelakkan keselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Ini juga disebabkan seperti:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutama dikalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritiable bowel syndrome).
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan pembuangan air besar.
  • Kekurangan air.
  • Masalah dengan rektum dan kolon.
  • Masalah dengan fungsi usus (SEMBELIT kronik secara tiba-tiba).
Cara untuk mengatasi masalah SEMBELIT?
  • Memastikan kira memakan serat dan meminum air yang mencukupi. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikan najis lembut.
  • Makan banyak bijirin penuh, kekacang, buahan sega dan sayuran.
  • Lakukan senaman berkala. (yang ni aku berat sikit)
  • JANGAN menahan untuk membuang air besar.
Sekian untuk hujah saya kali ini.. Terima kasih pada yang sudi membaca.. HAHAHAHA

MAJULAH SEMBELIT UNTUK NEGARA! LOL