Monday, April 19, 2010

Berhati-hati Dengan Kerja Sambilan Di Internet

as'salamualaikum & salam sejahtera..

kali ni aku nak update sesuatu yang menarik yang boleh dijadikan pedoman kepada semua pengguna internet lagi-lagi yang baru mula nak berjinak untuk mencari pendapatan dari saluran internet ni..

dengan keyword "kerja sambilan di rumah" di pak google sahaja sudah menjangkau 235,000 result.. rata-rata semuanya boleh di percayai ke? itu yang menjadi tanda tanya.. ada sesiapa pernah mencuba salah satu dari hasil pencarian tu? cakap-cakap! ha3 aku pernah.. ye! aku pernah mencubanya! hasilnya? makian dari aku untuk "kerja sambilan di rumah" kononnya!

bukan sekali aku mencuba tetapi 2 kali.. untuk pertama kalinya aku perolehi iklan tersebut dari satu forum terkenal.. sebab apa aku masih mencuba sedangkan pernah terkena? ha3 sila gelak dgn rakus ya! apa yang aku pikirkan masa tu "tak akan forum terkenal mcm tu, gah semua kenal tak akan dia main amik iklan mentipu pulak kan?".. ho3

aku try la bukak web tu tengok macam woooaaaa time tu apa pun tak tau sangat kan pasal benda-benda mentipu ni, dengan mudahnya aku yang baru dalam internet ni kena la mentipu dengan "kerja sambilan di rumah" kononnya boleh dapat pulangan hebat! aku pun transfer la dengan menggunakan m2u berjumlah RM30 (mkn mekdi kenyang weyh T_T).. lepas je aku transfer tu, aku terus la email pihak berkenaan untuk memproses yang dikatakan mengambil masa kurang dari 24jam untuk pengesahan (konon).. ha3 setelah aku menunggu tidak juga email aku di balas dan menimbulkan kata-kata perli untuk diri sendiri "padan muka kau kene tipu dah".. LOL ni lah mende alah "kerja sambilan di rumah" mentipu tu -->> Kerja sambilan dirumah RM2000-RM3000 sebulan/RM20-RM100 sejam

tu adalah benda mentipu yang pertama aku kene kat internet ni.. yang kedua pulak aku dah lupa web dia tapi nama yang digunakan Global Advertising Corporation.. aku ingatkan betul-betul key in data punya keje sekali nak tau apa dia suruh buat? korang download la kalau rajin dan betul-betul nak tau, tak besar pun saiz fail dia tak sampai 2mb pun.. -->>Key in data penipu ho3 yang ni nasib baiklah rm10 je.. tapi buat makan kenyang gak dowh! T_T

korang pepandai lah yer menilainya aku dah share pengalaman aku tentang benda-benda mentipu lagi PENIPU ni.. harap jangan ada lagi yang terpedaya, aku dah rugi rm40 (mkn mekdi kaw-kaw kenyang T_T) duit tuh ingat senang ke nak dapat kalau tak usaha? penat-penat aku kerja, orang yang mentipu ni senang-senang je dapat wah! melampau! goyang kaki duit masuk macam tu je.. ada yang pernah kene tipu? jujum share!

Nota Jari : aku dah tak percaya langsung apa-apa pogram berkaitan kerja sambilan kat internet nie..

Thursday, April 15, 2010

Keunikan & Keanehan Kejadian Manusia - Part 1

as'salamualaikum..

lama gila aku tak update blog hu3 idea tak muncul-muncul tu sebab aku tak update dan sekarang sila terkejut yer semua aku nak update nie! hak3 macam biasa aku bila update tak suka panjang berjela mukasuratdimahnya ho3 apa lagi jujum mulakan cerita aku untuk update kali nie..

aku nak kongsi cerita pasal keagamaan sikit dari buku yang aku baca.. sedar atau tidak kita WAJIB bersyukur dengan wujudnya makhluk bernama MANUSIA di atas muka bumi nie.. bila aku baca betapa indah, unik dan anehnya ciptaan manusia nie aku jadik sesak berair mata beb! (dalam hati ada taman) di mana mulanya wujud kejadian manusia di bumi?? Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang ALLAH S.W.T cipta, BAPA segala MANUSIA..

pelbagai persoalan ditimbulkan oleh para malaikat dengan kejadian manusia nie semuanya telah di sebut dalam Al-Quran Firman ALLAH : "Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dengan sebaik-baik kejadian." (Surah Al-Tin:4)

untuk diri aku, aku hanya tahu manusia dijadikan dari tanah tapi tak pernah tau dari jenis tanah yang macam mana.. korang tau tak? meh sini aku nak bagi tau dari buku yang aku baca betapa uniknya manusia nie..

Korang dapat bayangkan bumi sendiri bersumpah atas nama ALLAH untuk tidak menyerahkan tanahnya untuk di ambil oleh Malaikat Jibril setelah diperintahkan ALLAH sebagai bahan untuk menjadikan Nabi Adam.. semuanya disebabkan kerisauan bumi sepertimana kerisauan para malaikat.. seterusnya ALLAH mengutuskan Malaikat Mikail dan Malaikat Israfil tetapi kejadian sama terjadi seperti Malaikat Jibril.. akhirnya ALLAH perintahkan Malaikat Izrail untuk turun ke bumi jangan sesekali berundur dan memberi amaran kepada bumi supaya tidak membantah suruhan ALLAH yang memungkinkan bumi menderhaka kepada ALLAH.. Subhan'Allah, betapa ALLAH menginginkan kewujudan manusia sebagai pengganti dan khalifah di bumi.. T_T

dari Ibnu Abbas, terjadinya manusia atas 2 gabungan tanah iaitu dari bumi dan syurga antaranya jenis-jenis tanahnya :-

  • Tanah Baitulmuqaddis - Kepala
  • Tanah Bukit Tursina (Mesir) - Telinga
  • Tanah Iraq - Dahi
  • Tanah Aden (Yaman) - Muka
  • Tanah Telaga Al-Kauthar - Mata
  • Tanah Al-Kauthar - Gigi
  • Tanah Ka'abah (Makkah) - Tangan Kanan
  • Tanah Paris (Perancis) - Tangan Kiri
  • Tanah Khurasan (Iran) - Perut
  • Tanah Babylon (Iraq) - Alat Kelamin
  • Tanah Tursina (Mesir) - Tulang
  • Tanah India - Kaki
  • Tanah Firdaus (Syurga) - Hati
  • Tanah Taif (Arab Saudi) - Lidah
Akan di UPDATE lagi kemudian tentang masuknya roh ke dalam badan Nabi Adam setelah sempurnanya jasad dijadikan ALLAH S.W.T

Nota Jari : semakin takut dengan keadaan sekarang.. T_T

Thursday, April 1, 2010

Shotcut Aplikasi Pilihan

:bofu_21::bofu_21:
assalamualaikum..
untuk bulan baru hari pertama aku update tapi bukan dengan entry baru..
nie entry aku yang lama tahun 2008 kot! waktu tu aku dengan blog lama..
disebabkan ayat mcm sengal je aku baca mula-mula berblog dulu jadi aku tukar ayat sikit lebih kepada ala-ala skema.. hak3 nak kongsi 1 software yang memudahkan korang buat shotcut untuk pc korang la tak kan untuk jalan plak.. Link download ada kat bawah tu.. Contoh atau cara nak guna software pun dah ada..



HOTKEYZ



sesudah install, pilih new


click untuk pilih segala bagai file untuk diSHOTCUTkan


Contohnya aku pilih internet > mozila firefox
untuk SHOTCUT web google..


Sila la tukar mana-mana yang berkenaan..
pindah ke ta parameter..


Letak link google untuk SHOTCUT > buat pilihan untuk HOTKEYZ..
last skali tab windows setup..


tick kat normal lepas tu ok..

nota jari : ahhhhh!! jadilah dari tak berupdate langsung.. T__T