Sunday, January 31, 2010

Cara Membuat Rokok Balut

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT:MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

tak tau aku nak update apa.. kang tetiba aku buat keje giler iaitu MEMADAM BLOG BURUK aku nie baik aku update sesuatu yang merapu meraban dari buat keje giler tersebut.. ha3 sila hayati gambar2 di bawah untuk para perokok terutama yang sedang berniat untuk berhenti merokok aku sarankan pakai la rokok balut nie.. sebabnya KORANG AKAN RASA MALAS NAK BALUT jadi merokok pon kurang.. terbukti depan mata aku iaitu abg aku sendiri skang dia STOP terus merokok.. he3












kata-kata : Aku dah weng sesangat da nie.. T___T

Sunday, January 10, 2010

Live Blogging Dari HandPhone Terus ke Blog

*KHAS UNTUK PARA PENGGUNA BLOGSPOT*

Ehem2.. hu3 apa ehem2??? tak reti bagi salam ke? ha3 Assalammualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi masuk ke blog buruk aku..*skema plak* meh nak bagi info sket pasal live blogging.. yang kebanyakan aku tgk live blogging nie lebih kepada penggunaan org tengah maksud nya guna Flickr untuk berhubung dengan blog korang.. itu mungkin sesuai bagi mereka yang mempunyai hosting sendiri sebab tiada kemudahan mcm blogspot sedia kan kowt? hu3 untuk pengetahuan korang.. korang yang menggunakan blogspot nie tak perlu untuk menggunakan Flickr nie sebab blogspot sendiri dah sedia kan LIVE BLOGGING untuk korang tggl nak set je.. huk3 meh kita tgk cara2 camne nak buat..


Perkara pertama mesti kene login dulu kat Blogspot... bagi yang tak ada blog boleh create..


Pilih setting blog yang korang nak buat live blogging tu..


Pilih email & mobile..


Tuju pada posting options.. letak la nombor ke kat dalam kotak tu untuk email yang akan korang mms nanti dari handphone.. mcm cth.. hakuygsempoi.123456@blogger.com kemudian pilih la untuk save dulu ke draft ke.. tapi kalo da live blogging tu mesti la publish terus kan? tick ats sekali.. lepas tu save settings..

Seterusnya boleh la korang live blogging secara rakusnya tanpa risau terlebih had muatan ke sebab blogspot unlimited kowt! tak mcm Flickr.. hek3 :P

*Untuk pengguna Celcom bila hntar mms akan kuar number kat N3 so lg baik guna maxis RM0.25 cas akan di kenakan.. ho3*

*Klik gambar untuk jelas*

Anugerah Juara Lagu Ke-24



Tepat jam 9mlm 10Jan2010 secara langsung di tv3 ANUGERAH JUARA LAGU KE-24 bakal menggegarkan industri muzik sekali lagi.. hu3 mcm tahun2 lepas kumpulan indie memegang gelaran Juara mcm mana kali nie? ha3 finalis2 kali nie bukan calang2.. dan yang pasti! kumpulan indie bakal menguasai pentas AJL ke-24 nie.. Tapi yang penting kita kene tau AJL adalah salah satu platform untuk para komposer tanah air kita berentap memperjuangkan lagu2 yg di cipta dan di gubah.. Bukan semata2 untuk mengangkat KEpopularan artis2.. hu3 tapi tanpa artis juga, lagu2 tersebut tak mampu diperkenalkan..

Siapakah para finalis ANUGERAH JUARA LAGU KE-24?

Faizal Tahir - Bercinta
(Komposer : Audi Mok Lirik : Faizal Tahir)

Black - Aku Rindu Sayang Kamu
(Komposer & Lirik : Yuzai)

Stacy - Pakai Buang
(Komposer & Lirik : Edry KRU)

ALya - Tak Mungkin Kerna Sayang
(Komposer : Ajai Lirik : Habsah Hassan)

Bunkface - Situasi
(Komposer & Lirik : Bunkface)

Aizat - Kau Aku
(Komposer & Lirik : Aizat)

Aizat - Pergi
(Komposer : Pete Teo Lirik : Amran Omar)

Akim - Bengang
(Komposer : Amir Lirik : Sheikh Qalam)

Hujan - Aku Skandal
(Komposer & Lirik : Noh Hujan)

Hafiz - Masih Jelas
(Komposer : Aidit Alfian Lirik : Ad Samad)

Misha Omar - Cinta Adam Dan Hawa
(Komposer : Azmer Lirik : Loloq)

Estranged - Aurora
(Komposer & Lirik : Estranged)

Tomok - Rindu Terhenti
(Komposer : Aubrey Suwito Lirik : Sam Tinta)

Yuna - Dan Sebenarnya
(Komposer & Lirik : Yuna)

Aku nak menekankan kat sini yang Muzik Indie bakal menjuarai sekali lagi AJL musim kali nie! tak caya? ha3 kita tunggu dan lihat! ho3 GO Go Estranged Go! kui3

UPDATE!!
PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-24

Juara AJL24 (RM 35k & Trofi)
Aizat - Pergi
(Komposer : Pete Teo Lirik : Amran Omar)

Naib Juara AJL24 (RM 15k & Trofi) *yeyy!! ha3 indie go indie!*
Yuna - Dan Sebenarnya
(Komposer & Lirik : Yuna)

Tempat Ke-3 AJL24 (RM 12k & Trofi)
Faizal Tahir - Bercinta
(Komposer : Audi Mok Lirik : Faizal Tahir)

Persembahan Terbaik AJL24 (RM 10k & Trofi)
Aizat - Kau Aku

Vokal Terbaik AJL24 (RM 10k & Trofi)
Black - Aku Rindu Sayang Kamu