Saturday, June 12, 2010

FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan



assalamualaikum & salam sejahtera..

ha! tajuk kat atas tu pun dah panas semacam kan? ahahaha.. sedar atau buat-buat tak sedar sekarang ni adalah musim PIALA DUNIA a.k.a WORLD CUP beb!! macam tak percaya je dah 4tahun selepas FIFA 2006.. huhuhu.. Ada sesiapa yang pelik perempuan minat tengok bola?? kalau ada yang pelik tu, aku lagi pelik kenapa korang nak pelik perempuan minat tengok bola.. hahahaha apa nak pelik? aku perempuan minat tengok bola elek je.. :P lain la kalau lelaki tak minat tengok bola itu pelik! wakakakah..

untuk FIFA World Cup 2006, aku waktu tu nak SPM so, kadang-kadang tengok kadang-kadang tak nak buat macam mana sibuk kelas tambahan la apa la.. sedih.. T_T tapi untuk FIFA World Cup 2010 ni aku tak akan lepaskan peluang untuk menonton setiap perlawanan! hahaha nak lepaskan gian weyh! tak dapat tengok dengan kusyuknya waktu FIFA World Cup 2006 dulu.. hohohoho..



untuk FIFA World Cup 2010 kali ni, yang akan bergelar juara dan membawa pulang piala *gambar kat atas* tu dengan berlagaknya, rasa yakin dan tinggi hidungnya aku memberi tahu adalah SEPANYOL!! hahahaha.. tapi aku ada 5team pilihan yang akan menonjol untuk FIFA 2010 kali ni.. apa 5team tu?


  1. SEPANYOL (sudah semestinya pilihan pertama)
  2. JERMAN
  3. ENGLAND
  4. PORTUGAL
  5. ITALI
Kenapa & sebab-sebab aku pilih Sepanyol untuk juara FIFA World Cup 2010?
  1. Bila je start perlawanan FIFA 2010 nie gerak hati aku dengan kuatnya kata Sepanyol bakal bergelar JUARA FIFA WORLD CUP 2010.. hahahaha *boleh pakai ke??*
  2. Memandangkan aku seorang perempuan, menipu aku tak cair dengan kekacakkan Fernando Torres.. kahkahkah :P
  3. Untuk pengetahuan korang, Sepanyol tak pernah sekali bergelar juara FIFA WORLD CUP jadi ini menguatkan lagi anggapan aku yang Sepanyol bakal juara FIFA 2010 kali ni.. Previous FIFA World Cups
  4. Dengan kekuatan pemain-pemain seperti Torres, Alonso, Puyol, Fabregas aku yakin Sepanyol bakal JUARA.. huhuhu
Korang pulak apa team pilihan untuk gelaran Juara FIFA World Cup 2010 kali ni??

Nota : Entry ini di taip sempena FIFA 2010 dan untuk join teka meneka siapa JUARA PIALA DUNIA 2010 yang dianjurkan oleh bro @denaihati kita.. klik FIFA World Cup 2010 demam BOLA bermula untuk maklumat lanjut.. ^__^

Saturday, June 5, 2010

Menarik! Galaksi di Angkasa Lepas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Terasa tersangat lah lama aku tak update blog aku ni.. nak buat macam mana dah tak ada benda nak update jadi dibiorkan lelabah mengUPDATEkan blog buruk aku ni.. huhuhu Saja jalan-jalan kat google, ada gambar cantik di ruang angkasa kita.. Kali ni aku update dengan gambar keindahan dan kecantikan galaksi di ruang angkasa lepas.. Mana yang dah tengok sila tengok lagi.. Mana yang belum sila TERKEJUT! :O hahaha